Tiada konspirasi dengan Firdaus Wong

Tiada konspirasi dengan Firdaus Wong

TENOM: Saksi pendakwaan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah Ebit Lew memberitahu mahkamah tidak wujud sebarang konspirasi antara beliau dan pendakwah bebas, Firdaus Wong dalam kes itu.

Mohd Fairuz Abu yang juga penceramah motivasi juga tidak bersetuju bahawa sebarang hantaran media sosial berkaitan isu berkenaan serta pertemuan dengan wanita yang pengadu dalam kes itu di Bukit Aman pada 7 Ogos 2021, bertujuan untuk merosakkan reputasi tertuduh.

“Saya tidak bersetuju,” katanya ketika ditanya peguam mewakili Ebit, Ram Singh.

Mohd fairuz berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pada sesi pemeriksaan balas sempena perbicaraan kes gangguan seksual hari kedua membabitkan Ebit di Mahkamah Majistret Tenom, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada masih menyiarkan isu terbabit di media sosial mengenai tertuduh selepas pengadu membuat laporan polis, Mohd Fairuz memaklumkan dirinya tidak berbuat demikian, namun berbeza dengan Firdaus yang masih memuat naik isu berkenaan.

“Saya tidak, Firdaus ya,” katanya ringkas.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, ketika sesi pemeriksaan semula meminta penjelasan Mohd Fairuz tentang tujuannya berjumpa pengadu ketika membuat laporan di Bukit Aman.

Menurut Mohd Fairuz, pertemuan terbabit hanyalah bertujuan menemani pengadu serta suami sebagai tanda sokongan, selain memberi keterangan.

“Pertemuan ini berlaku di Bukit Aman dan saya menemani beliau serta suami sebagai tanda sokongan dan juga memberi keterangan kepada pihak polis,” katanya.

Perbicaraan hari kedua kes dihadapi Ebit di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani ditangguhkan dan disambung semula 9.30 pagi esok.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual, iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom di antara Mac hingga Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. BH

Tiada konspirasi dengan Firdaus Wong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker