4 maut nahas tujuh kenderaan

4 maut nahas tujuh kenderaan

IPOH – Empat maut dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.02 petang dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan enam kereta dan sebuah treler di mana terdapat empat mangsa tersepit.

“Empat mangsa yang tersepit melibatkan seorang lelaki dan tiga wanita. Anggota segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.

“Kesemua mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. K Online

4 maut nahas tujuh kenderaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker