Siri Squid Game Punya Hal, Pergaduhan Tercetus Akibat Beratur Lama Nak Masuk Kedai [VIDEO]

PARIS – Satu pergaduhan tercetus di jalanan selepas orang ramai terpaksa beratur dalam tempoh yang lama untuk memasuki sebuah kedai ‘pop-up’ atau ruang runcit sementara yang bertemakan siri popular Netflix, Squid Game di Paris, Perancis, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut rakaman video yang tular, orang ramai dilihat beratur panjang di hadapan premis seluas 65 meter yang baru dibuka itu sebelum pergaduhan tercetus Ahad lalu.

Orang ramai kemudiannya bertumbuk di lokasi berdekatan kedai itu di Rue d’Alexandrie.



Pengunjung yang ketakutan mula melarikan diri sebelum polis tiba di tempat kejadian dan meleraikan pergaduhan itu.

Punca pergaduhan tidak diketahui namun, peminat siri itu berkata bahawa mereka telah menunggu selama beberapa jam dan ia mungkin telah menyebabkan beberapa individu berasa tertekan.

Seorang pengguna aplikasi sosial TikTok, @clemxhlgn mendedahkan bahawa dia terpaksa beratur selama tujuh jam sebelum boleh memasuki premis Squide Game itu.

@clemxhlgn



POV : ce n’est pas un POV. 😮‍💨 Squid Game Paris #Squidgame #Netflix #Squidgameparis

♬ Squid Game Drill – Dugzy

Siri Netflix dari Korea Selatan yang mula ditayangkan pada 17 September lalu itu mendapat respons yang mengagumkan dari seluruh dunia.



Namun, ia menjadi perdebatan dalam kalangan penonton yang menyifatkannya sebagai ‘mempamerkan aksi pembunuhan dan kekejaman melampau’. – AGENSI

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO Melaka Alu-alukan Kerjasama PN, MN Hadapi PRN – Ab Rauf

Umno dan PAS Selangor pertegas Muafakat Nasional untuk PRU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker