PH tidak bersedia, kini cuba ‘beli masa’ lambatkan PRU-15
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dilihat cuba ‘membeli masa’ untuk melambatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menggunakan isu banjir, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata, pembangkang semakin hangat menggunakan isu banjir untuk mengelak PRU15 diadakan dan ada juga segelintir anggota kerajaan terpengaruh dengan dakyah ini tanpa menilai perspektif yang meluas.
Beliau berkata, kebimbangan sebenar pembangkang ialah apabila pengundi Melayu yang mewakili populasi negara terbesar kurang berminat untuk menyokong gabungan itu ketika gendang pilihan raya dipalu Barisan Nasional (BN).
“PH hampir menemui jalan buntu dan tidak mempunyai pilihan selain memerlukan lebih banyak masa. Dengan kata lain, PH cuba “membeli masa” untuk melengahkan pilihan raya umum diadakan.
“Malah menurut sumber sebuah portal berita, pemimpin gabungan itu diberitahu agar membangkitkan isu seperti bencana banjir dan kenaikan inflasi dengan harapan elak sebarang langkah pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini.
“Portal tersebut menyatakan beberapa badan pemikir ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan mengenai sentimen pengundi terhadap PH dan dijemput membentangkan penemuan mereka.
“Daripada pembentangan data daripada tinjauan berasingan tersebut didapati penemuan utama ialah sokongan Melayu terhadap PH berada pada tahap paling rendah,” katanya dalam hantaran laman Facebooknya semalam.
Dapatan tinjauan itu, katanya, PH tidak akan mendapat lebih daripada 15 peratus undi Melayu pada PRU15 jika PRU diadakan dalam masa terdekat ini.
“Dengan kata lain, keputusan PRU15 tidak akan memihak PH disebabkan undi Melayu akan beralih arah kerana pemulihan dan kebangkitan UMNO
“Yang paling aneh tidak pula dibentangkan fakta mengenai banjir dan strategi untuk menyantuni rakyat ketika banjir melanda. Tidak pula dibentangkan strategi menangani inflasi untuk Malaysia yang kini melanda seluruh dunia.
“Sebaliknya pembangkang hanya lebih berminat untuk cuba memikirkan strategi untuk menang PRU15 daripada memikirkan masalah rakyat dalam pemukiman tersebut,” katanya.
Situasi itu katanya, jelas menunjukkan sikap sebenar pembangkang namun, yang anehnya terdapat sekutu bersama UMNO masih terpedaya dengan dakyah pembangkang tersebut atau mereka sebenarnya ada motif tersendiri untuk melengahkan PRU15 sebelum musim tengkujuh bermula
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ebit Lew ‘orang besar’, pengadu takut buat laporan, mahkamah diberitahu
- Kapal Angkasa Kecil NASA DART Hentam Asteroid Dimorphos [VIDEO]
- Pekerja Pembinaan Maut Tertimbus Runtuhan Konkrit
- Madrasah Darussolihin tuntut ganti rugi RM20 juta, permohonan maaf
- Mahathir dan Anwar penjahanam
- Hipokritnya Rafizi, redah banjir bawa fitnah
- DAP kunci mulut berhubung kritikan Ronnie Liu
- Sanggah kenyataan Muhyiddin: Ahli PAS diminta setia kepada arahan Mursyidul AM
- Syarahan ekonomi Rafizi setaraf persediaan pelajar SPM – Shaiful
- Bersatu mungkin tak sokong Bajet 2023 – bekas menteri
- Patuh atau keluar, pindaan DAP tidak demokratik – Ronnie Liu
- Wanita diperkosa depan suami
- Jet pejuang lakukan aksi lagak ngeri, nyaris langgar jambatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut
Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.