Bank Dunia jangka Bajet 2023 Malaysia akan lebih mengutamakan rakyat

BANK Dunia menjangka Bajet 2023 Malaysia lebih mengembang dan mengutamakan rakyat dengan sasaran untuk mencapai matlamat kemampanan dan pendigitalan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).

Apurva Sanghi, Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia berkata, belanjawan itu dijangka memperuntukkan lebih banyak sumber kepada pendidikan dan kesihatan selain situasi bermusim seperti banjir dan pilihan raya.

Selain itu ia juga dijangka memperuntukkan lebih banyak perbelanjaan dan insentif untuk menyokong usaha pendigitalan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ada tiga prinsip (yang perlu dipatuhi kerajaan) – uruskan belanjawan dalam had dasar fiskal, selaraskannya kepada keutamaan strategik jangka sederhana dan tumpukan kepada pelaksanaan.

“Pelaksanaan perlu dirancang, dipantau dan diuruskan. Saya fikir inilah bahagian yang boleh ditambah baik sedikit oleh Malaysia dari segi umum,” katanya pada taklimat media secara maya bertajuk World Bank East Asia and Pacific Economic Update. pada Selasa.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM332.1 bilion bagi Bajet 2022, iaitu sebanyak RM233.5 bilion bagi perbelanjaan operasi, RM75.6 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, RM23 bilion bagi Dana COVID-19 dan RM2 bilion bagi tabungan luar jangka.

Ia merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah belanjawan negara dengan tumpuan untuk memulihkan setiap segmen sosioekonomi di negara ini.

Sejumlah RM32.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan – peruntukan kedua terbesar selepas pendidikan – untuk meneruskan usaha membendung Covid-19 menerusi program vaksinasi dan kemudahan perkhidmatan kesihatan awam yang lebih baik.

Bagaimanapun, Sanghi berkata, Bajet 2023 tidak sepatutnya terlalu mengembang berikutan tiga alasan – ekonomi sedang mencatatkan prestasi baik, ruang fiskal menguncup dan prospek global yang tidak menentu, terutamanya bagi tahun depan.

Menurutnya, dunia kemungkinan menuju ke arah kemelesetan tahun depan dan ditambah dengan risiko geopolitik, ini boleh menjejaskan eksport dan perdagangan Malaysia.

“Oleh itu, sebarang pengumuman ke arah rasionalisasi yang agresif dan khususnya rangka kerja subsidi bersasar sangat dialu-alukan dalam belanjawan ini.

“Kami menjangkakan Bajet 2023 adalah belanjawan yang mengembang tetapi barangkali tidak sebesar seperti tahun lepas kerana ekonomi pada masa itu berbeza daripada sekarang,” katanya.

Sanghi berkata, terdapat keperluan bagi kerajaan untuk menjana hasil tetapi memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam suasana kenaikan inflasi mungkin bukan satu idea yang baik.

Bank Dunia percaya kerajaan akan membuat persediaan dan menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan inisiatif pembaharuan hasil utama seperti GST, katanya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 6 Ogos berkata, Malaysia masih mempunyai beberapa ruang fiskal untuk menangani cabaran tekanan harga memandangkan nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara berada pada 60 peratus.

Beliau berkata, walaupun had siling hutang statutori telah dinaikkan kepada 65 peratus daripada KDNK daripada 60 peratus sebelumnya, kerajaan berusaha keras untuk mengehadkan sasaran desfisit fiskal pada 60 peratus daripada KDNK. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker