Lepat lapor polis ke atas pihak berkuasa agama

Lepat lapor polis ke atas pihak berkuasa agama

Pelukis dan penulis ‘kontroversi’, Lepat membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, Ampang, semalam setelah mendakwa menjadi mangsa fitnah pihak berkuasa agama.

Dalam laporannya, dia mendakwa Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat tuduhan liar ke atasnya berkaitan dakwaan dia membawa ajaran sesat.

Sebelum ini, beberapa negeri termasuk Johor dan Pulau Pinang mengeluarkan fatwa berkaitan ajaran ‘makrifat’ yang dibawa Lepat sebagai sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Namun, Lepat atau nama sebenarnya Ismail Ariffin mendakwa sehingga kini, dia tidak pernah dituduh di mahkamah berkenaan buku tulisannya atau larangan terhadap penjualan buku berkenaan.

“Tujuan saya buat laporan (polis) adalah demi keselamatan diri ketika menjual buku dan novel penulisan saya,” katanya dalam laporan tersebut yang turut disiarkan di Facebook, semalam.

Malaysiakini telah menghubungi Lepat dan pihak berkuasa agama bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Selain mendakwa dirinya dianiaya, Lepat berkata buku yang ditulisnya juga telah melalui proses kelulusan oleh Perpustakaan Negara.

“Apapun, saya akan memberi penjelasan lanjut selepas berbincang dengan peguam mengenai hal ini,” katanya.

Terkeluar dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan ajaran makrifat oleh Lepat difatwakan terkeluar daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi tahun 2023.

Satu lagi ajaran yang difatwakan terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir oleh Masitah Abd jalar atau Sittah Annur.

Dalam kenyataannya, jabatan itu turut melarang orang Islam daripada menganut, mengamal dan menjadi ahli atau pengikut ajaran berkenaan.

Sebelum ini Jabatan Mufti Negeri Perlis turut mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Batiniah yang dibawa Lepat merupakan ajaran sesat yang mesti dijauhi dan disekat.

Menurut fatwa yang diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 30 Jun 2020 antara lain memetik ajaran tersebut menganggap kesemuanya selain Allah tidak wujud, dan yang wujud hanyalah Allah. Mk

Lepat lapor polis ke atas pihak berkuasa agama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker