UNGA ke-77: PM Ismail Sabri Seru Hapus Kuasa Veto, Ubah Struktur Monetari Dunia

UNGA ke-77: PM Ismail Sabri Seru Hapus Kuasa Veto, Ubah Struktur Monetari Dunia

NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru supaya transformasi dalam struktur politik dan ekonomi global diwujudkan, khususnya dengan menghapuskan kuasa veto dan memperbaharui struktur kewangan dunia.

Ketika berucap dalam bahasa Melayu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 pada Jumaat waktu tempatan, beliau meletakkan harapan pada masyarakat antarabangsa supaya mengambil iktibar daripada cabaran-cabaran yang bersaling kait, terutamanya pandemik COVID-19.

“Dalam dunia yang saling terkait, dasar dan keputusan sesetengah negara mampu memberi kesan kepada negara lain.

“Misalnya, dalam mendepani cengkaman inflasi yang melanda dunia, dasar monetari dan penetapan kadar faedah oleh sesebuah negara turut memberi impak kepada negara-negara lain,” ujarnya.

Justeru, tegasnya, Malaysia menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mewujudkan suatu mekanisme kerjasama monetari antarabangsa bagi membina sistem yang lebih efektif, adil, serta mampu mengimbangi keperluan pembangunan sejagat.

Selain perubahan dalam struktur ekonomi, Ismail Sabri turut bercakap tentang keperluan untuk mengatasi kepincangan sistem tadbir urus global dan PBB yang dilihat mengakibatkan konflik termasuk di Ukraine, Palestin dan Myanmar “tidak dapat diselesaikan”.

“Masalah yang paling besar di PBB adalah Majlis Keselamatan. Kuasa veto sering kali disalahgunakan untuk memihak kepada kuasa dunia yang memilikinya.

“Ia tidak demokratik dan melanggar prinsip asas demokrasi.

“Selaras dengan prinsip satu negara satu undi, sekarang adalah masanya kuasa veto dihapuskan.

“Sebagai organisasi yang membawa semangat dan lambang demokrasi kepada dunia, PBB perlu kembali kepada landasan penubuhannya,” tegas beliau.

Ismail Sabri yang membuat penampilan kedua beliau di UNGA, turut menjadi Perdana Menteri pertama yang memakai baju Melayu di pentas diplomasi terbesar dunia itu.

UNGA ke-77: PM Ismail Sabri Seru Hapus Kuasa Veto, Ubah Struktur Monetari Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker