Anak perempuan Kim Jong-un dikesan pakar China

Kanak-kanak itu dikatakan mengambil bahagian dalams satu persembahan semasa Hari Kebangsaan baru-baru ini. – Pen News

PYONGYANG – Pakar-pakar politik China mendakwa bahawa kelibat anak perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dirakam dalam salah satu acara rasmi negara komunis berkenaan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Gadis yang dikenal pasti sebagai Kim Ju-ae  itu dikatakan muncul di atas pentas pada sambutan Hari Kebangsaan Korea Utara awal bulan ini.

Dia adalah salah seorang daripada beberapa kanak-kanak yang mempersembahkan lagu untuk Kim Jong-un dan isteri, Ri Sol-ju tetapi ada sesuatu istimewa tentang kanak-kanak itu yang menonjol di mata pakar-pakar tersebut.

Menulis di bawah alias Samhero, seorang penganalisis blog InDPRK mencatat bagaimana Sol-ju meluru ke arah kanak-kanak tersebut pada penghujung rancangan.



So-ju meletakkan tangannya di belakang kanak-kanak itu dan dilihat bercakap dengannya secara peribadi.

Penganalisis melihat petunjuk lanjut semasa persembahan itu sendiri apabila fokus kamera tertumpu kepada kanak-kanak tersebut semasa nyanyian bermula, berlarutan selama beberapa saat sebelum kembali kepadanya berulang kali.

Sementara itu, penampilannya juga sangat menyerlah apabila dia satu-satunya gadis yang memilih gaya rambut lepas dan memakai stokin putih.

Pakar elit Korea Utara, Michael Madden berkata,  anak perempuan Kim adalah sebaya dengan kanak-kanak terbabit.



“Dia akan berusia hampir 10 tahun pada 2022 iaitu kira-kira umur kanak-kanak yang ditunjukkan dalam rakaman media pemerintah,” kata Madden.

Madden menekankan bahawa pendedahan yang terlalu terbuka tentang identiti anak perempuan Jong-un adalah sangat berisiko buat pemimpin tersebut.

Pelbagai insiden seperti penculikan, cubaan membunuh atau dicederakan mungkin terjadi jika identitinya diketahui umum.

“Ketika Jong-un masih kanak-kanak dan remaja, dia dipisahkan daripada semua orang kecuali tentera elit Korea Utara yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau peribadi rapat dengan bapanya.



“Tiada sesiapa dibenarkan berinteraksi dengannya atau adik-beradik lain tanpa kebenaran bapanya.

Kewujudan Kim Ju-ae telah disahkan oleh bintang bola keranjang, Dennis Rodman yang melawat Jong-un pada 2013.

“Khabar angin perisikan mengenai anak-anak Jong-un mengatakan bahawa beliau mempunyai tiga anak, dua anak perempuan dan seorang lelaki.

Rejim pemerintah Korea Utara terkenal dengan prinsip menutup mulut mengenai keluarganya.



Jong-un sendiri hanya diperkenalkan kepada rakyat Korea Utara pada 2010 setahun sebelum kematian bapa dan pendahulunya, Kim Jong-il. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker