IMF, Bank Dunia ulangi amaran kemelesetan global tahun depan

IMF, Bank Dunia ulangi amaran kemelesetan global tahun depan

BANK DUNIA dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengulangi amaran mengenai kemelesetan global yang belum selesai.

Menurut Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva dan Presiden Bank Dunia, David Malpass, terdapat bahaya sebenar kemelesetan dunia tahun depan.

Menurut Georgieva, beliau bersetuju bahawa risiko kemelesetan dunia telah meningkat.

Jelasnya, satu pertiga bersamaan ekonomi dunia akan mencatat pertumbuhan negatif sekurang-kurangnya bagi dua suku berturut-turut tahun ini dan tahun depan.

Tambahnya, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jerman keseluruhan yang akan terhapus disebabkan kelembapan ekonomi dunia yang akan terjadi antara sekarang hingga 2026 ialah AS$4 trilion .

Georgieva menambah bahawa institusi itu telah menurunkan unjuran pertumbuhan globalnya sebanyak tiga kali.

IMF kini menjangkakan 3.2 peratus untuk 2022 dan kini 2.9 peratus untuk 2023.

Unjuran IMF yang suram berpunca daripada tindakan bank pusat di seluruh dunia menaikkan kadar faedah dengan harapan dapat menjinakkan inflasi yang meningkat.

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat telah menjadi yang paling agresif dalam menggunakan kenaikan kadar faedah sebagai alat penyejukan inflasi dan bank pusat dari Asia ke England telah mula menaikkan kadar minggu ini.

Mesyuarat tahunan 190 negara IMF dan Bank Dunia berhasrat untuk menangani pelbagai risiko kepada ekonomi global.

Banyak negara sudah melihat kesan besar pencerobohan Ukraine terhadap ekonomi mereka dan unjuran suram IMF adalah sejajar dengan ramalan lain untuk penurunan pertumbuhan. Aw

IMF, Bank Dunia ulangi amaran kemelesetan global tahun depan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker