Vaksin AstraZeneca Digantung penggunaannya oleh Denmark

COPENHAGEN: Pihak berkuasa kesihatan Denmark hari ini menggantung sementara penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca berikutan segelintir pesakit mengalami masalah pembekuan darah selepas menerima suntikan.

“Langkah ini diambil berikutan laporan kes pembekuan darah yang serius dalam kalangan mereka yang disuntik vaksin COVID-19 AstraZeneca,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, menurut kenyataan sama, belum dapat ditentukan ketika ini sama ada wujud kaitan antara vaksin berkenaan dan pembekuan darah.

Austria Isnin lalu mengumumkan penggantungan penggunaan vaksin AstraZeneca selepas seorang jururawat berusia 49 tahun meninggal dunia disebabkan masalah pembekuan darah yang teruk, beberapa hari selepas menerima suntikan.

Program kanak-kanak mengenai ‘zakar terpanjang di dunia’ jadi kejutan.

Empat negara Eropah lain iaitu Estonia, Latvia, Lithuania dan Luxembourg juga menggantung penggunaan vaksin terbabit, yang turut dihantar ke 17 negara Eropah lain membabitkan satu juta suntikan.

Rabu lalu, pemerhati perubatan Eropah, EMA berkata, bukti awal menunjukkan kumpulan vaksin AstraZeneca yang digunakan di Austria kemungkinan bukan faktor yang menyebabkan kematian jururawat itu.

EMA memaklumkan, sehingga 9 Mac lalu, sebanyak 22 kes pembekuan darah dilaporkan dalam kalangan lebih tiga juta orang yang divaksin di Kawasan Ekonomi Eropah.

“Adalah penting untuk menggariskan kami tidak menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca, kami hanya menghentikan seketika,” kata pengarah Pihak Berkuasa Kesihatan Denmark, Soren Brostrom, dalam satu kenyataan.

Denmark memaklumkan, seorang individu meninggal dunia selepas menerima vaksin dan EMA sudah memulakan siasatan berhubung kematian itu. – AFP

TERBONGKAR! Bekas AG arahkan SPRM batal pembekuan akaun milik bos hartanah selepas diminta Guan Eng

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker