Beza Hinduisme dengan Hindutva

Penunggang agama ada dalam setiap komuniti.

Beza Hinduisme dengan Hindutva

oleh Mohsin Abdullah

Hinduisme agama ketiga terbesar di dunia. Istilah Hinduisme merangkumi aliran fikiran dan falsafah serta upacara dan amal berbeza. Sebahagian besar penganut Hindu memuja pelbagai dewa dewi yang dianggap penjelmaan untuk satu roh agung.

Hinduisme merupakan agama utama di benua India meskipun India dianggap negara sekular. Informasi ini saya perolehi daripada Wikipedia. Sejak merdeka, sekularisme diterima baik rakyat India secara am. Namun menurut laporan beberapa agensi berita antarabangsa, dikhuatiri sekularisme sedang terancam terutama akhir-akhir ini. Ia ada kaitan dengan apa yang dipanggil Hindutva.

Wikipedia memberitahu bahawa Hindutva suatu bentuk ideologi nasionalisme berasaskan kepercayaan agama Hindu. Nasionalisme Hindu berkembang dalam organisasi sukarelawan termasuk Parti Bharatiya Janata atau BJP yang memerintah India sekarang.

Dikatakan sekularisme semakin dipinggirkan. Begitu juga perjuangan tokoh kemerdekaan India. Semua ini tidak disenangi penganut Hindu yang menolak extremism.

Hakikatnya fahaman Hindutva meluas dengan terlantiknya Narendra Modi daripada BJP sebagai perdana menteri pada 2014. Ramai yang percaya golongan Hindutva berani bertindak ganas kerana kerajaan Modi menutup sebelah mata (jika bukan menggalakkan keganasan). Apa pun BJP memanfaatkan Hindutva sepenuhnya.

Isnin lalu – 22 Jan 2024 – Modi merasmikan kuil majestic yang menelan belanja dianggar 15 billion rupees atau USD180 juta. Ia dinamakan sempena Dewa Ram. Upacara perasmian gilang gemilang mendapat liputan media kerana ia didirikan di tapak yang pernah terdiri Masjid Babri.

Kawasan terletaknya masjid itu di Ayodhya memang menjadi pertikaian untuk sekian lama. Menurut umat Islam, Masjid Babri ditegakkan oleh seorang panglima maharaja Mughal yang beragama Islam. Penganut Hindu percaya tapak itu tempat kelahiran Dewa Ram lalu mendakwa ada kuil sebelum ia diruntuhkan oleh panglima maharaja Mughal untuk mendirikan masjid. Pertikaian berterusan dan pemerintah India menutup masjid untuk meredakan konflik.

Masjid Babri yang dirobohkan oleh extremis Hindu

Namun pada 1992 sekumpulan perusuh Hindu merobohkan Masjid Babri, yang mencetuskan pergaduhan hampir di seluruh India dan mengakibatkan ribuan terbunuh. Untuk memendekkan cerita, Mahkamah Tinggi Allahabad pada 2020 memutuskan ada kuil pernah terdiri diatas tapak itu sebelum masjid dibina berdasarkan penemuan arkeologi. Menurut Nikkei Asia, walaupun umat Islam kecewa keputusan itu dihormati.

Sejak 1990-an BJP menggunakan tapak kontroversi itu sebagai modal politik. Modi sendiri membuat janji pilihan raya kerajaannya akan mengembalikan kuil di tapak berkenaan. Upacara pembukaan Isnin lalu diadakan sebelum pilihan raya India pada April dan Mei ini. Modi mahu mendapat mandat untuk kali ketiga. Jadual perasmian dipercepatkan walaupun pembinaan belum siap sepenuhnya. Kuil itu dilaporkan akan siap sepenuhnya hanya pada 2025. Bagi pemerhati politik jelas perasmian diadakan untuk pilihan raya.

Pemimpin pembangkang termasuk yang beragama Hindu memboikot upacara perasmian dan menuduh Modi mempolitikkan pembinaan kuil itu. Susah hendak disangkal kerana ucapan Modi juga mempunyai elemen politik di samping “menyemarak sentimen penganut Hindu”.

CNN memanggilnya “India’s divisive new temple”. Nikkei Asia menyifatkan majlis perasmian sebagai satu “milestone on Modi’s road to reelection”.

Ramai pemimpin politik yang Islam dan Hindu dipetik Nikkei Asia berkata pembukaan Kuil Ram Mandir alat propaganda untuk BJB meraih undi penganut Hindu yang majoriti di India. Hindutva memainkan peranan.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah extremism ada di mana-mana dalam kalangan semua agama. Begitu juga langkah menggunakan agama untuk kepentingan dan keuntungan politik. Dieksplotasi oleh politikus walau apa pun agamanya. Penunggang agama ada dalam setiap komuniti.

Terpulanglah kepada penganut yang berpegang teguh kepada ajaran yang diyakini benar seperti yang diajar agama masing-masing untuk tahu mana kaca mana permata.

Kepada penganut Hindu selamat menyambut Thaipusam.

Beza Hinduisme dengan Hindutva

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker