Apa Muhyiddin maksudkan?

Apa Muhyiddin maksudkan?

Oleh Mohsin Abdullah

Esok sayap Pemuda dan Wanita Bersatu akan bersidang disusuli persidangan agung tahunan parti keesokan dan hari berikutnya. Berkata Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan Mahathir Mohd Rais kepada akhbar The Star, persidangan kali ini diadakan pada saat kritikal kerana Bersatu menghadapi krisis dalaman.



Umum tahu krisis yang dimaksudkan tercetus apabila empat Ahli Parlimen Bersatu mengisytihar sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim tanpa meninggalkan parti. Langkah bijak yang merumitkan Bersatu. Dengan berbuat demikian mereka tidak melanggar akta antilompat tetapi Bersatu tetap boleh mengambil tindakan. Itu sudah pun dilakukan.

Apa pun langkah empat Ahli Parlimen itu mengecilkan kekuatan Bersatu di Parlimen, juga dalam kalangan Perikatan Nasional. Pasti keempatnya akan dikecam dan dibidas keras oleh para perwakilan, serta pelbagai tuduhan akan dilemparkan.

Kata Mahathir, pada persidangan itu Bersatu akan perkukuh struktur dan prinsip bagi menghadapi cabaran mendatang dan reaffirm, atau menegaskan semula, sokongan terhadap Muhyidin Yassin selaku presiden parti dan pengerusi PN.

Bagi saya faktor ‘sokong Muhiyddin’ amat penting ketika ini. Selain menjejaskan kekuatan Bersatu, kedudukan serta imej Muhyiddin tercalar akibat langkah empat Ahli Parlimen yang dikatakan tadi. Dalam pada itu berita keretakan kepimpinan parti masih berputar. Diberitakan Muhyiddn tidak sehaluan dengan Setiausaha Agung Hamzah Zainudin yang dikatakan mahu merampas jawatan presiden. Kedua-dua pemimpin menafikan itu semua.



Wartawan berpengalaman Leslie Lopez menyifatkan apa yang berlaku dalam Bersatu ialah pemberontakan politik yang memberi isyarat serious troubles ahead buat Muhyiddin.

Lantas Bersatu terpaksa menunjukkan perpaduan dan kesepakatan melalui satu suara senada melalui persidangan kali ini that all is well. Bersatu juga pada hemat saya mahu memberi mesej kepada semua pihak lawan mahu pun kawan (PAS?) ia jangan dipandang remeh dan Muhyiddin jangan diganggu-gugat.

Tidak ada pertandingan parti pada persidangan tahun ini. Oleh itu kedudukan Muhyiddin masih selamat. Tiada siapa bercakap mengenai Muhyiddin mesti diganti. Sekurang-kurangnya tidak secara terbuka.

Cuma beberapa hari sebelum persidangan Muhyiddin ada bercakap soal pengganti. Tidak secara langsung tetapi boleh dibaca membawa maksud sedemikian atau mencetus gambaran seperti itu.



Pada temu bual dengan FMT tempoh hari, beliau mengulas kritikan veteran Umno Shahrir Samad yang mendakwa kecelaruan Bersatu kini tidak akan berlaku jika Muhyiddin menjadi ketua pembangkang. Shahrir merujuk tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu yang disebut tadi.

Ikut amalan lazim jawatan ketua pembangkang disandang ketua parti atau gabungan politik tetapi dalam kes PN jawatan itu diberi kepada seorang setiausaha agung.

Menurut Muhyiddin beliau boleh memonopoli jawatan tetapi memilih untuk “melihat ke depan dan masa sesuai untuk melatih orang baharu”. Kata beliau lagi “saya berfikir waktu itu saya telah memimpin kerajaan, jadi bagi peluang kepada Hamzah sebagai setiausaha agung PN dan Bersatu menjadi ketua pembangkang yang disokong semua Ahli Parlimen.”

Benar. Muhyiddin tidak bercakap mengenai penggantinya sebagai pengerusi PN atau presiden Bersatu. Beliau sekadar bercakap dalam konteks ketua pembangkang. Namun kata-kata beliau boleh membuat orang termasuk saya mengangkat kening. Raise many an eyebrow.



Secara teori mengikut sistem Westminster yang diikuti Malaysia, pembangkang dilihat sebagai kerajaan alternatif yang bersedia mengganti pemerintah selepas bertarung dalam pilihan raya.

Mengikut tradisi, ketua pembangkang dipilih berdasarkan parti yang mendapat jumlah kerusi terbanyak di Parlimen tetapi tidak cukup untuk bentuk kerajaan. Tradisi ini pecah dalam kes PN di mana PAS menang kerusi paling banyak tetapi menurut Muhyiddin, Presiden Hadi Awang tidak mahu mencadang sesiapa dalam kalangan PAS dan memulangkan ‘tugas’ membuat pilihan kepada beliau.

Satu lagi tradisi ialah ketua pembangkang dilihat sebagai perdana menteri dalam penantian, yakni prime minister-in-waiting. Itu sebabnya Anwar yang jadi ketua pembangkang diangkat ke jawatan perdana menteri apabila gabungannya membentuk kerajaan.

Sekarang Hamzah pegang jawatan ketua pembangkang dan Muhyiddin kata beliau “melihat ke depan dan melatih orang baharu”. Ertinya Muhyiddin sedang groom dan train Hamzah. Untuk apa? Untuk terus duduk sebagai ketua pembangkang? Biasanya apabila seseorang sedang “melihat masa depan dan melatih orang baharu” ini membabitkan jawatan lebih tinggi umpamanya groom dan train seorang naib ketua untuk menjadi ketua in the future. Begitu juga seorang timbalan presiden diasuh untuk menjadi presiden pada suatu hari nanti. Jarang sekali atau tidak pernah seseorang dilatih untuk kekal di jawatan asal. Apa lagi untuk pergi ke jawatan lebih rendah pada masa mendatang.



Berbalik kepada Muhyiddin. Tidak tahu apa beliau maksudkan apabila berkata sedang “lihat masa depan” dan “melatih orang baharu” yakni Hamzah. Lalu persoalan yang bermain dalam fikiran saya ialah adakah Hamzah sesungguhnya sedang dilatih untuk mengambil alih presiden Bersatu dan pengerusi PN masa depan? Ditakdirkan PN menubuhkan kerajaan adakah Hamzah, yang disokong semua Ahli Parlimen menjadi ketua pembangkang, akan menjadi perdana menteri? Imbau kembai kata-kata Muhyiddin bahawa Hamzah menjadi ketua pembangkang yang “disokong semua Ahli Parlimen”.

Mungkinkah ini satu mesej Muhyiddin supaya Hamzah melupakan hasrat mencabarnya untuk merebut jawatan presiden Bersatu? Sabar dan tunggu your time will come andainya menjadi presiden sebenarnya hasrat Hamzah. Perlu diingat Hamzah sudah berulang kali menafikan beliau mahu mencabar Muhyiddin.

Bagaimanapun jika Hamzah pilihan Muhyiddin, apa pula perasaan Peja atau Ahmad Faizal Azumu, si timbalan presiden Bersatu? Mengikut tradisi parti politik , timbalan akan naik jadi presiden apabila kekosongan terjadi. Apa pula perasaan Azmin Ali yang penyokongnya percaya layak mendapat tempat lebih tinggi daripada tempat yang didudukinya. Bukan sekadar duduk dalam majlis tertinggi sebagai ahli biasa seperti dewasa ini.

Mungkin mereka akan makan hati berulam jantung, atau akur dengan pilihan presiden kerana sudah berikrar untuk berjuang demi bangsa, agama, dan negara?



Atau mungkin Muhyiddin benar-benar melatih Hamzah untuk kekal sebagai ketua pembangkang semata-mata? Itu pun kira pecah tradisi groom and train for the future. FMT

Apa Muhyiddin maksudkan?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker