Jangan buat provokasi semasa konsert Coldplay, kata polis

Jangan buat provokasi semasa konsert Coldplay, kata polis

Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan sebarang provokasi semasa atau selepas konsert kumpulan rock “Coldplay: Music Of The Spheres World Tour” yang dijadual berlangsung esok, di Stadium Bukit Jalil.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin, berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan pada konsert berkenaan.



Beliau berkata, 75,000 penonton dijangka hadir ke konsert itu dan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terjamin, pemeriksaan badan, beg, dan barangan akan dilakukan di pintu masuk yang dibuka 6 petang oleh polis bagi memastikan tiada barangan terlarang dibawa masuk.

“Pengunjung dilarang membawa masuk mercun, topi keledar, laser, objek tajam, senjata, minuman keras, payung atau tongkat, powerbank dan botol air.

“Pengunjung turut dilarang membawa masuk pemetik api, rokok, dan rokok elektronik, pembesar suara dan menerbangkan dron,” katanya dalam kenyataan.

Zam Halim berkata, pihak polis tidak akan bertanggungjawab terhadap barang larangan yang telah dirampas semasa pemeriksaan di pintu masuk ataupun dalam kawasan perkarangan stadium.



Beliau turut menasihatkan orang ramai yang hadir ke konsert berkenaan untuk menggunakan pengangkutan awam dan tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan sekitar laluan masuk dan keluar stadium.

“Orang ramai juga dinasihati mematuhi arahan anggota polis yang bertugas, mengamalkan sikap tolak ansur dan bersabar ketika memandu di sekitar stadium berkenaan,” katanya. FMT

Jangan buat provokasi semasa konsert Coldplay, kata polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker