Tambahan RM60 bilion pelaburan dari AS walaupun lantang sokong Palestin – Anwar

Tambahan RM60 bilion pelaburan dari AS walaupun lantang sokong Palestin – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia berjaya meraih pelaburan tambahan sebanyak RM60 bilion dari Amerika Syarikat (AS) walaupun lantang menyokong Palestin.

Pelaburan itu diperoleh beliau ketika mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) di San Francisco, California.



Perdana Menteri berkata, ia menunjukkan sokongan terhadap Palestin bukanlah halangan untuk meraih pelaburan daripada mana-mana pihak.

Katanya, Presiden AS, Joe Biden menghormati pendirian Malaysia mengenai konflik peperangan di Gaza.

“Walaupun kita agak tegas dan lantang menyuarakan di hadapan Presiden Biden mengenai kesengsaraan rakyat Palestin, tapi, kita masih dapat pelaburan tambahan dari AS sebanyak RM60 bilion,” katanya ketika mengadakan lawatan di MIMOS hari ini.

Disebabkan itu, katanya, Malaysia perlu terus lantang menyuarakan perjuangan terhadap nasib rakyat Palestin yang terperangkap dalam konflik itu.



“Tidak ada soal lagi bila kita suarakan dengan lantang pembelaan nasib rakyat Palestin yang tertindas, bayi yang terbunuh, wanita jadi korban dan tiba-tiba ada pihak yang bertanya kenapa kita suarakan.

“Betul, banyak masjid musnah, tapi gereja juga musnah. Ini bukan masalah orang Islam atau Kristian, ini masalah manusia.

“Kita sebagai rakyat Malaysia harus menyuarakan hal sedemikian,” katanya. Utusan

Tambahan RM60 bilion pelaburan dari AS walaupun lantang sokong Palestin – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker