Duit hangus, tanah tak dapat

Scam

Duit hangus, tanah tak dapat

Menggunakan agama, pingat kebesaran, gelaran serta menjadikan selebriti tempatan sebagai duta. Itu antara modus operandi sindiket yang menawarkan jualan rumah dan hartanah yang tidak wujud di negara ini.

Setakat ini lebih 100 aduan diterima Khidmat Guam membabitkan kerugian kira-kira RM5 juta dialami mangsa yang terpedaya dengan janji manis untuk mendapatkan rumah pada harga jauh lebih murah berbanding pasaran.

Pengarah Advokasinya Mahmud Jumaat berkata, sindiket licik itu wujud sejak tiga tahun lalu dan bergerak aktif memperdaya mangsa.

Menurutnya, sindiket bukan sahaja menawarkan hartanah tidak wujud malah mereka juga terbabit dengan penjualan hartanah yang tidak boleh ditukar milik.

Katanya, kegiatan itu termasuklah inisiatif ‘pintu belakang’ untuk menukar status tanah pertanian dan dijadikan kediaman yang tidak dibenarkan di bawah Kanun Tanah Negara.

“Tanah untuk pertanian seperti digazetkan adalah satu ekar untuk seorang. Tetapi sindiket ini pecahkan…contohnya enam ekar kepada 100 orang dan dijual pada kadar murah.

“Taktik digunakan kononnya tanah itu diwakafkan dan akan dibayar oleh seseorang. Ada yang ditawarkan harga RM10,000 untuk hartanah yang bernilai RM500,000,” katanya.

Beliau berkata, sindiket berkenaan turut menjadikan artis atau pempengaruh terkenal sebagai duta untuk mempromosikan pakej murah berkenaan sama ada kepada rakan selebriti mahu pun peminat mereka.

Katanya, bukan sahaja memperdaya mangsa dengan harga murah, sindiket berkenaan turut menggunakan pihak ketiga sebagai orang tengah sebagai pemudah cara kononnya untuk proses pertukaran status tanah.

Sementara itu, seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Azri, 30-an berkata, dia ditawarkan untuk membeli sebidang tanah secara pecah lot di sebuah negeri di Pantai Timur untuk membina rumah tahun lalu.

Azri berkata, selepas lima bulan menunggu, dia bertemu dengan seorang lagi mangsa yang turut membeli lot yang sama sebelum menyedari mereka sudah tertipu.

“Saya begitu tertarik dengan harga murah iaitu RM5,000 yang ditawarkan untuk tanah yang bernilai lebih RM300,000. Namun akhirnya saya melopong kerana tertipu dan terpaksa turun naik pejabat tanah untuk pengesahan,” katanya.

‘Selebriti perlu siasat sebelum jadi duta projek’

Siasat dulu sebelum terima sebarang tawaran jadi duta projek. Itu nasihat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kepada artis dan selebriti tempatan yang dijadikan sasaran kumpulan tertentu untuk menarik minat orang ramai membeli projek hartanah mereka.

Presidennya Zed Zaidi berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas daripada rakan artis yang bertanyakan kesahihan tawaran itu yang turut dipromosikan artis popular.

Katanya, perkara itu disedari sejak beberapa tahun lalu selepas Seniman sendiri ditawarkan peluang untuk mendapatkan rumah dengan kerjasama pihak swasta kononnya untuk membantu artis tempatan.

“Seniman pernah dapat tawaran sebegini dua kali. Kononnya rumah yang dibeli itu berbaloi kerana harga yang murah. Ada yang hanya bayar RM100, ada yang RM3,000 dan ada yang lebih dari itu.

“Dalam masa sama, ada rakan-rakan artis dilantik menjadi duta untuk mempromosi pakej yang ditawarkan.

Mungkin niat baik, nak cari rezeki tapi fikirkan juga nasib mereka yang sampai ke sudah tidak dapat memiliki rumah idaman,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas mengenai senario artis tempatan termasuk mereka yang sudah senior dalam industri dijadikan sasaran syarikat pelaburan yang menawarkan harga tidak masuk akal di pasaran, termasuk kepada rakan-rakan selebriti tanah air.

Katanya, sebelum ini Seniman sudah pun menerima sejumlah 36 unit perumahan rakyat yang dipohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selepas serik dengan tawaran terbabit.

“Mereka ini beri harapan palsu kepada rakan-rakan dalam industri. Ramai juga yang berjanji bulan dan bintang, tetapi apa pun tak ada.

“Ramai juga artis yang menjadi mangsa penipuan aset tidak wujud ini, jadi kita minta mereka tampil untuk buat aduan.

“Usaha Seniman adalah untuk bantu artis, terutama yang veteran untuk dapatkan rumah sendiri. Itu kita sudah buktikan selama ini. Jangan terpedaya dengan mereka di dalam industri yang sekadar kutip deposit saja, kemudian tidak mahu bertanggungjawab,” katanya. HM

Duit hangus, tanah tak dapat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker