Ayam punya hal, Shakira pecat pekerja


Ayam punya hal, Shakira pecat pekerja

Selain kes tersebut menjadi fokus, banyak sisi buruk lain penyanyi yang dijangka akan naik mahkamah untuk menyelesaikan isu cerai dan hak penjagaan dua anaknya bersama Gerard Pique boleh tersebar kepada umum.

Salah satunya adalah kisah bintang berusia 45 tahun itu memecat pekerjanya kerana enggan memanaskan ayam seperti yang diminta.

Menerusi laporan Marca, hal itu terbongkar menerusi sebuah dokumentari yang ditayangkan saluran La Sexta dengan judul Equipo de Investigacion.



Dokumentari tersebut telah menampilkan mantan pekerja Shakira yang mendedahkan dipecat penyanyi itu kerana tidak mengikut arahan yang diberikan.

Mereka yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Divier dan Maritza adalah tukang masak di rumah penyanyi itu.

“Satu hari Divier menggantikan isterinya, Maritza yang sudah memasak sepanjang minggu untuk 17 orang yang tinggal di dalam kediaman Shakira.

“Pada tengah malam, Shakira meminta Divier untuk memanaskan ayam buatnya. Namun lelaki itu mengaku terlalu keletihan kerana telah memasak sepanjang hari untuk 17 orang dan dia tidak larat untuk bangun serta memanaskan ayam yang diminta.



“Maka Shakira kata jika tidak memanaskannya, (ayam) dia akan dipecat. Dan dia dipecat hanya kerana menolak memanaskan ayam pada tengah malam,” lapor portal tersebut menerusi temu bual yang dilakukan oleh wartawan dari Miami, Javier Ceriani.

Pasangan tersebut juga mendakwa, mereka tidak hanya ditugaskan untuk memasak, tetapi melakukan kerja kerja domestik seperti mengatur pembersihan rumah. Gempak

Ayam punya hal, Shakira pecat pekerja


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti



Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker