Pemandu treler maut di Terowong Menora

Pemandu treler maut di Terowong Menora

IPOH – Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandunya itu terbabas ke bahu jalan di Kilometer 257 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata maklumat mengenai kejadian itu diterima pada kira-kira 5.40 pagi dan mangsa dikenal pasti sebagai Budi Abd Rahman, 52 tahun.



“Mangsa tercampak keluar dari lori yang membawa muatan sampah itu sebelum tersepit di pembahagi jalan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katannya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan semua lorong ditutup dan trafik sesak.

Menurutnya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Meru Raya itu diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Shauki Che Darus.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 7.38 pagi. MG



Pemandu treler maut di Terowong Menora


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh



Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker