DAP Hanya Restu Melayu Yang Mereka Boleh Pergunakan?

Oleh Tun Teja

MAJORITI rakyat Malaysia melabel parti DAP sebagai chauvinist. Walaupun perkara tersebut cuba disangkal oleh beberapa pemimpin DAP namun “trademark” chauvinist tersebut seakan terlalu sinonim dengan parti milik Lim Kit Siang tersebut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini DAP dilihat merekrut orang Melayu memandangkan antara syarat-syarat untuk menjadi Menteri Besar dikatakan perlu status orang Melayu beragama Islam.



Artikel 51 (2) Undang-undang Tubuh kerajaan Selangor mengatakan kriteria tiada sesiapa yang boleh dilantik sebagai menteri besar kecuali “berbangsa Melayu dan beragama Islam,”

Perdana Menteri Malaysia juga mesti seorang Melayu yang beragama Islam walaupun tiada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu menjawat jawatan itu kerana majoriti penduduk negara ini adalah orang Melayu menurut seorang tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Semua pihak mesti menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu (nama Malaysia sebelum merdeka) dan jumlah orang Melayu adalah majoriti berbanding kaum lain.

Memandangkan DAP sudah merekrut orang Malayu, persoalannya orang Melayu bagaimana yang akan menjadi pilihan DAP?



Adakah hanya orang Melayu yang tidak berguna sahaja menjadi pilihan DAP? Mungkinkah DAP hanya menerima orang Melayu yang mereka boleh pergunakan sahaja? Pengundi perlu tahu ciri-ciri pemimpin Melayu yang “direstui” DAP.

Berdasarkan pemerhatian, orang Melayu yang telah menyertai DAP majoritinya tidak mempunyai jatidiri sebagai orang Melayu Islam. Mereka seolah-olah merelakan diri dipergunakan untuk menindas saudara mara mereka sendiri.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker