Ringgit matawang terburuk Asia di zaman PH perintah

Ringgit matawang terburuk Asia di zaman PH perintah

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan tidak seharusnya buta sejarah, kata Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah.

Ini kerana, kata Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, apabila Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, nilai ringgit susut nilai RM40 sen daripada RM3.80 kepada RM4.20.

Pada ketika itu, ringgit dilabel sebagai salah satu mata wang yang mencatatkan prestasi terburuk di rantau Asia, katanya lagi.

“Media antarabangsa melaporkan ringgit catat prestasi teruk selepas baht Thai, Yuan China dan Rupee India, apabila susut 4.6 pe­ra­tus antara April hingga Jun 2018.

“Walaupun kini ringgit berada pada paras RM4.54 maka keadaan ini hanya menandakan terdapat peningkatan sebanyak RM34 sen daripada angka terburuk RM4.20 pada ketika itu.

“Peningkatan sebanyak RM34 sen masih lagi jauh lebih baik berbanding peningkatan RM40 sen dalam zaman pentadbiran mereka (PH),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Soal Shaiful Hazizy, mengapa nilai RM4.54 hari ini tidak pernah dilaporkan sebagai mata wang terburuk Asia.

Menurutnya, hal ini disebabkan pada hari ini seluruh dunia berhadapan dengan perkara yang sama.

Oleh sebab itu, katanya, Yen Jepun turun 19.2 peratus,terendah sejak 24 tahun lalu, pound sterling jatuh 14.4 peratus, terendah sejak 37 tahun dan Euro turun sebanyak 11.7 peratus terendah semenjak 20 tahun yang lalu.

Menurutnya, jika dibandingkan dengan rakan dagang Malaysia dan mata wang lain maka nilai sebenar ringgit telah meningkat. Ringgit melonjak sebanyak 14.2 peratus berbanding Yen Jepun, meningkat 8.2 peratus berbanding pound sterling, (4.5 peratus) berbanding euro, (3.9 peratus) berbanding dolar New Zealand dan (7.2 peratus) berbanding won Korea.

“Kesemua faktor ini jelas menunjukkan walaupun nilai mata wang kita kini pada paras RM4.54 tetapi tidak dilabel sebagai mata wang tercorot asia seperti mana dalam zaman Guan Eng kerana nilai sebenar mata wang jauh lebih kukuh berbanding dengan kebanyakan mata wang dunia lain,” katanya.

Keadaan itu berbeza dengan susut nilai mata wang negara disebabkan terhakisnya pelabur asing terhadap kepimpinan baharu PH pada waktu itu.

Pada masa itu, katanya, Bloomberg juga melaporkan Malaysia merupakan pasaran saham yang paling corot di dunia yang mana tidak berlaku pada hari ini.

“Pentadbiran pada hari ini pula mencatat mencatatkan pertumbuhan ekonomi kukuh sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022 dipacu permintaan domestik yang tinggi, disokong pemulihan pasaran pekerja serta dasar-dasar kerajaan yang berterusan.

“Cuma saya agak musykil dan hairan, sebagai bekas menteri kewangan, Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama sekali tidak beri cadangan jalan keluar menangani mata wang ringgit yang makin melemah, perangai dan sifat masih tidak berubah, masih low class,” katanya. MG

Ringgit matawang terburuk Asia di zaman PH perintah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker