Kemalangan pertama SUKE berpunca kerana ingin bergambar

Cari nahas

Kemalangan pertama SUKE berpunca kerana ingin bergambar

Tiga hari selepas dilancarkan, Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) merekodkan kemalangan pertama membabitkan dua kenderaan, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu membabitkan seorang penunggang motosikal yang mengalami kecederaan.

Katanya, pemandu lelaki kereta jenis Perodua Myvi itu dipercayai berhenti di lorong kecemasan untuk mengambil gambar di lebuh raya berkenaan.



“Pada masa sama, seorang penunggang motosikal jenis Suzuki datang dari arah belakang dan melanggar kereta berkenaan.

“Kemalangan menyebabkan penunggang itu cedera di kaki dan dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, ia adalah kes kemalangan pertama berlaku di Lebuhraya SUKE sejak beroperasi 16 September lalu.

“Kes disiasat di bawah Kaedah 16 LN 166/59 iaitu halangan sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.



Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak berhenti di lorong kecemasan jika tiada keperluan berbuat demikian.

“Tindakan individu sewenang-wenangnya berhenti di lorong kecemasan boleh mengundang padah kepada diri sendiri dan pengguna lain. BH

Kemalangan pertama SUKE berpunca kerana ingin bergambar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker