11 elemen disaran dalam manifesto PRU15: Mufti Pulau Pinang

GEORGETOWN – Parti politik di negara ini disarankan memasukkan beberapa elemen penting dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antaranya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, selain itu, manifesto tersebut juga diharapkan memberi kebebasan kepada setiap warganegara memilih dan mengamalkan agama yang dikehendaki.Menurutnya, rakyat mengharapkan parti-parti yang bertanding dalam PRU15 kelak dapat merangka manifesto masing-masing dengan cermat dan berhati-hati supaya ia bersifat praktikal.”Saya bukan lah seorang ahli politik dan tidak wajar bagi saya mencampuri urusan mana-mana parti politik, namun saya sekadar memperingatkan para pemimpin semua parti tentang beberapa perkara asas dan penting mengikut pandangan saya yang tidak wajar dipinggirkan dalam penyediaan manifesto.

“Ada beberapa perkara yang mesti diberi pertimbangan serius kerana melibatkan elemen-elemen penting bagi mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan warganegara Malaysia berbeza keturunan, agama dan budaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, manifesto bakal dirangka juga wajar mempunyai elemen untuk memartabatkan bahasa Melayu termasuk usaha mengembalikan tulisan jawi kepada kedudukannya yang asal di dalam kurikulum pendidikan negara yang formal.

“Saya juga menyarankan agar parti politik di negara ini supaya tidak mempertikaikan kedudukan Raja-Raja Melayu dan juga tidak mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

“Selain itu, dalam manifesto itu nanti, parti politik perlu meneruskan pendidikan vernakular untuk semua kaum dengan memasukkan subjek tentang latar belakang sejarah penubuhan negara Malaysia dan elemen patriotisme.

“Tidak dilupakan terhadap penekanan dalam pendidikan agama dan pendidikan moral di semua peringkat pengajian bermula peringkat tadika sehingga ke universiti,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar manifesto yang akan dibentuk nanti memberi kebebasan sepenuhnya kepada mahkamah dan mengekalkan pengasingan antara kuasa eksekutif, legislatif dan judisiari.

“Manifesto yang baik amat diperlukan rakyat untuk memilih parti pilihan mereka untuk memerintah negara. Sehubungan itu, parti politik yang bakal bertanding dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan jawatan dan kedudukan untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni.

“Dalam manifesto itu juga, saya mengharapkan ada usaha untuk mengambil langkah-langkah praktikal dan komprehensif bagi mencegah elemen-elemen yang membawa kepada keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.

“Yang terakhir, parti politik di negara ini juga diharap mengambil langkah-langkah bagi mencegah penghinaan terhadap agama kaum di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tarikh pembubaran Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada PRU15.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO meminta untuk diberikan sedikit masa lagi bagi menentukan tarikhnya, bersama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker