2 lelaki tampar warga asing, polis jalankan siasatan

2 lelaki tampar warga asing, polis jalankan siasatan

Polis menyiasat kes seorang lelaki warga asing yang diserang dua lelaki tempatan dalam satu kejadian, awal pagi semalam.

Rakaman video yang diambil rakan mangsa menunjukkan, dua lelaki menampar muka warga asing berkenaan.

Suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat dan mengancam lelaki tersebut.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira 3 pagi di satu lokasi di Jalan Tun Razak, pada 18 Sept.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah mengesahkan satu laporan polis dibuat warga asing berkenaan dan keterangannya juga sudah diambil pegawai penyiasat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 kerana segaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah,” katanya kepada FMT.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara hingga satu tahun atau denda RM20,000 manakala Seksyen 506 memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali. FMT

2 lelaki tampar warga asing, polis jalankan siasatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker