Bomba selamatkan pelajar perempuan murung atas bumbung sekolah

Bomba selamatkan pelajar perempuan murung atas bumbung sekolah

Seorang pelajar perempuan yang dipercayai kemurungan di bumbung sebuah sekolah di Alor Setar, Kedah berjaya diselamatkan anggota bomba hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menerima laporan berkenaan kejadian itu pada jam 1.53 tengah hari.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota dengan sebuah jentera dari BBP Alor Setar diketuai Anuar Hamid tiba di lokasi tidak lama kemudian.



“Setibanya pasukan bomba ke lokasi kejadian didapati benar terdapat seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun yang mengalami tekanan berada di atas bumbung anjung tangga di tingkat 3 bangunan sekolah.

“Tindakan anggota adalah dengan memujuk dan menenangkan mangsa kemudian dibawa turun untuk tindakan kaunseling pihak sekolah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, pelajar itu berjaya dibawa turun untuk tindakan kaunseling pihak sekolah, operasi tamat pada jam 2.45 petang tadi. FMT

Bomba selamatkan pelajar perempuan murung atas bumbung sekolah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker