Ahmad Zahid Beri Isyarat PM Kekal Jika BN Menang PRU-15
Ahmad Zahid Beri Isyarat PM Kekal Jika BN Menang PRU-15
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai ‘poster boy’ calon Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Ia disahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa Ismail Sabri akan dipilih sebagai Perdana Menteri, jika parti itu menang PRU-15.
Perkara itu dinyatakan Presiden UMNO itu dalam ucapan ketika merasmikan Bridged MIC di Stadium Axiata Arena di sini.
“Saya yakin Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), saya dan PM (Perdana Menteri) akan memberi pertimbangan sehabis baik semua permintaan MIC.
“Kerana kita yakin kebersamaaan yang ada dalam parti komponen BN sudah diterjemahkan dengan sebaik- baiknya.
“Saya secara konsisten menyatakan bahawa BN akan terus mewujudkan negara bangsa, bangsa Malaysia. Apatah lagi jika PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri,” katanya yang disambut hadiri dengan tepukan dan sorakan gemuruh.
Kira-kira 10,000 ahli MIC menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S Saravanan.



Kenyataan itu yang pertama seumpamanya berhubung kedudukan Ismail Sabri yang sebelum ini diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menjadi calon ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri pada PRU-15.
April lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan memaklumkan, MKT UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri, bagi menghadapi PRU-15.
Ahmad Zahid juga menegaskan permintaan MIC sebelum ini sudah pun ditunaikan Perdana Menteri.
“Saya yakin kesatuan parti pelbagai kaum ini walaupun agak berbeza, kita akan melayani apabila gendang ‘perang’ pilihan raya diumumkan Perdana Menteri.
“Kita akan berada dalam kesatuan besar BN dan yakin permintaan Tan Sri Vicky (Vigneswaran) didengar PM dan ada yang PM sudah umumkan pun tadi, semua permintaan itu diluluskan dan kita kena beri penghargaan kepada PM,” katanya.BH
Ahmad Zahid Beri Isyarat PM Kekal Jika BN Menang PRU-15
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid tegaskan hubungannya dengan Ismail Sabri mesra dan utuh
- Kematian Ratu Elizabeth II: ‘Imam masjid meninggal dunia pun kami tidak kibar bendera separuh tiang’
- GTA kata Mahathir perlu jadi PM kali ke-3, rakyat kata jangan buat gila!
- Pendapatan penyanyi jalanan buat juruwang terkejut [VIDEO]
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin