Layan roti canai percuma sambil dengar tazkirah
Layan roti canai percuma sambil dengar tazkirah
Nilai: Memulakan hari dengan hidangan roti canai percuma serta disajikan tazkirah agama di dalam restoran.
Itu cara unik dilakukan penduduk di Taman Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai, di sini, yang menyambut ulang tahun hari bersejarah Hari Malaysia dalam majlis ilmu disampaikan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Pemilik Restoran Bro Nizam, Mohd Nizam Aziz, 42, berkata, idea itu hasil perbincangannya bersama Zulkifli bagi mendekati masyarakat untuk berdakwah dalam suasana lebih santai.
“Sempena sambutan Hari Malaysia kelmarin, kami berpendapat orang ramai akan keluar beramai-ramai untuk bersarapan pagi. Jika dibuat di dalam masjid atau surau, kemungkinan ia kurang mendapat sambutan.
“Jadi kami menganjurkan program 100 Roti Canai Percuma dan diselitkan dengan tazkirah agama disampaikan Ustaz Zulkifli. Dalam masa sama beliau turut melancarkan Tabung Infaq Roti Canai,” katanya.
Mohd Nizam berkata, program yang bermula jam 8.45 pagi itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila pelanggan memenuhi ruang restoran dan dianggarkan hampir 200 individu yang hadir.
“Meskipun hanya 100 roti canai yang diberikan secara percuma, namun kami berbesar hati menambah kuantitinya mengikut jumlah pelanggan yang hadir.
“Tazkirah yang disampaikan Ustaz Zulkifli berkaitan kupasan Surah al-Takathur dan dalam masa sama beliau menyelit mesej mengenai hidup bermasyarakat dan bersyukur kerana dapat hidup di bumi Allah SWT yang aman ini,” katanya.
Mengulas mengenai tabung infaq berkenaan, Mohd Nizam berkata, ia diwujudkan supaya orang ramai boleh memberi sedekah ke tabung berkenaan dan hasil daripadanya akan digunakan untuk menjamu roti canai secara percuma.
Zulkifli menerusi laman Facebooknya turut berkongsi pengalamannya yang dianggap paling bersejarah apabila menyampaikan ceramah agama di restoran.
“Sesungguhnya ia adalah usaha yang amat baik bagi berkongsi rezeki yang dipinjamkan Allah SWT kepada kita. Mereka yang tidak berkemampuan, boleh menikmati sarapan roti canai percuma di sini melalui inisiatif ini,” katanya. HM
Layan roti canai percuma sambil dengar tazkirah
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju
You must be logged in to post a comment.