Barisan lebih 8 kilometer untuk lihat keranda Ratu Elizabeth II

ORANG ramai beratur di sebelah Tate Modern semasa menuju ke Istana Westminster untuk memberi penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth II di London. – AFP

LONDON – Orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ratu Elizabeth II diberi amaran bahawa mereka mungkin berdepan penantian selama 14 jam di tengah-tengah barisan dengan panjang mencecah 8 kilometer, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jumlah pelawat yang beratur untuk menyaksikan jasad Ratu Elizabeth II meningkat dua kali ganda semalam dengan panjang deretan manusia kini melebihi 8 kilometer melepasi Tower Bridge.

Ramai lagi dijangka menyertai barisan pada hujung minggu ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada monarki popular itu.

Ketika beribu-ribu orang masuk ke Istana Westminster malam semalam, Timbalan Perdana Menteri, Angela Rayner adalah antara mereka yang memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.



Rayner dilihat berdiri dengan tangan digenggam ketika orang ramai yang berkabung berjalan melepasi struktur keranda.

Bilangan rakyat yang mengunjungi lokasi itu mencecah lebih 350,000 dengan orang ramai dari seluruh dunia dijangka melawat London untuk memberi penghormatan terakhir.

Mereka dinasihatkan menyertai barisan mulai pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan) esok untuk melihat keranda itu. Mendiang Ratu Elizabeth II akan kekal di Dewan Westminster sehingga pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) Isnin ini.

Sumber Parlimen mendedahkan bahawa anggota-anggota keselamatan menyekat enam pelawat yang cuba membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam Dewan Westminsterl.



Pemilik haiwan peliharaan dikatakan cuba menyembunyikan anjing mereka di bawah kot ketika memasuki kawasan perkabungan. Sebilangan lagi dilihat membawa bayi mereka untuk memberi penghormatan.

Sementara itu, beberapa gambar memaparkan petugas paramedik muncul untuk merawat pelawat yang kepenatan kerana beratur sepanjang malam.

Situasi itu berlaku selepas seorang askar yang menjaga keranda mendiang pengsan semasa bertugas. Seorang pelawat lain pula jatuh ketika menuruni tangga Westminster Hall menuju ke keranda mendiang. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker