Tular kereta EXCO kerajaan melanggar undang-undang jalanraya dikecam netizen

Tular kereta Exco kerajaan negeri menggunakan laluan kecemasan dipercayai di Tongkang Pecah, Batu Pahat pada Rabu.

BATU PAHAT – Tindakan sebuah kereta milik Exco kerajaan negeri yang menggunakan laluan kecemasan dalam keadaan jalan sesak dipercayai dalam kejadian di Tongkang Pecah di sini pada Rabu mengundang kemarahan orang ramai.

Seorang pengguna jalan raya sempat merakamkan kejadian tersebut sebelum video berdurasi 24 saat itu tular dalam media sosial

Video itu memaparkan sebuah kereta Toyota Camry berwarna hitam meredah kesesakan lalu lintas di situ.

Kemudian video berkenaan disiarkan dalam media sosial seperti World of Buzz sekali gus mengundang pelbagai kritikan orang ramai yang mahukan pihak polis mengambil tindakan terhadap pemandu kereta tersebut.



Difahamkan, polis Johor telah dimaklumkan mengenai video yang tular itu dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri ditugaskan untuk menyiasat kejadian yang didakwa itu.

Setakat ini, kerajaan negeri juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan.

Pada Januari lalu, polis Bukit Aman menyeru orang ramai melaporkan kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna jalan raya.

JSPT menggalakkan orang ramai membuat aduan itu dengan menyerahkan foto atau video kesalahan trafik yang dilakukan menerusi Facebook Messenger jabatan berkenaan atau e-mel [email protected].



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker