Resepi patin tempoyak belimbing buluh

Resepi patin tempoyak belimbing buluh

Pasti ramai yang gemar dengan ikan patin. Patin pula ada berbagai harga, ada yang murah ada yang cecah ribuan ringgit. Tapi sedap punya pasal tak kisah pun dengan harga asal mampu.

Sedapnya patin tempoyak belimbing buluh ni. Bagi penggemar juadah patin tempoyak, resepi yang dikongsi oleh Philea Resort & Spa Melaka ini wajib anda cuba. Jom ikuti cara penyediaan dan bahan yang diperlukan.

BAHAN



600 gm ikan patin
30 gm serai – ketuk
100 gm belimbing buluh
250 gm tempoyak
25 gm santan
25 gm daun kesum
5 helai daun kadok
Garam dan gula

BAHAN KISAR

50 gm cili padi
30 gm kunyit hidup
50 gm bawang merah

CARA



1.Masukkan bahan kisar, serai dan sedikit air ke dalam periuk.
2.Biarkan mendidih sehingga sedikit pekat.
3.Masukkan ikan patin, rebus sehingga ikan masak.
4.Kemudian masukkan belimbing buluh, tempoyak, santan, daun kesum, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.

Apa lagi, masak sendiri lagi murah beb.

Resepi: Philea Resort & Spa, Melaka

Resepi patin tempoyak belimbing buluh




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker