Pegawai Penjara makan rasuah, kini jalani hukuman penjara

Seorang pengawai penjara terpaksa menjalani hukuman penjara tiga tahun mulai hari ini selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan bersalah menerima suapan RM3,000 daripada seorang banduan yang didapati positif dadah.

PUTRAJAYA: Seorang pengawai penjara terpaksa menjalani hukuman penjara tiga tahun mulai hari ini selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan bersalah menerima rasuah RM3,000 daripada seorang banduan yang didapati positif dadah.

Mohd Zamri Abdullah, 43, yang bebas dengan ikat jaminan RM15,00 sementara menunggu penyelesaian kes rayuannya, kelihatan memeluk isterinya yang sebak sebelum dibawa ke lokap mahkamah.

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil serta ahli panel, hakim Mahkamah Rayuan, Datuk See Mee Chun dan hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan menolak rayuan mengetepikan sabitan, hukuman penjara dan denda RM15,000 terhadap Mohd Zamri.

Dalam keputusan tersebut, Abdul Karim berkata hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dengan keputusannya yang membolehkan panel berkenaan campur tangan.
Menurutnya, tiada merit dalam rayuan tersebut dan sabitan atas kesalahan itu adalah selamat.



Beliau kemudian mengeluarkan waran komital terhadap Mohd Zamri untuk memulakan hukuman penjara.

Pada 9 Sept, 2018, Mahkamah Sesyen Kota Bahru menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 terhadap Mohd Zamri selepas dia didapati bersalah menerima rasuah daripada Mohd Fakhrul Akashah Mat.

Suapan tersebut adalah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap banduan, Wan Muhammad Azlan Wan Mahamod, yang sedang menjalani hukuman pejara lapan tahun atas kesalahan dadah, didapati positif dadah pada 12 Nov 2016.

Mohd Zamri sudah menjelaskan denda tersebut.



Dia melakukan kesalahan itu di kuarters Penjara Pengkalan Chepa di Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada jam10.15 malam, 20 Dis 2016.

Mengikut fakta kes, Wan Muhammad Azlan mengatur wang RM3,000 tersebut diberikan kepada Mohd Zamri melalui seorang kawan.

Tetapi, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memasang perangkap dan Mohd Zamri ditahan bersama dengan wang itu di kuartersnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wong Poi Yoke manakala Mohd Zamri diwakili peguam Cheah Poh Loon dan Shaharuddin Mohamed. – BERNAMA



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker