Tiga polis direman selepas disyaki minta rasuah

Tiga polis direman selepas disyaki minta rasuah

JOHOR BAHRU: Dua pegawai polis dan seorang anggota ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan satu kes meminta rasuah berjumlah RM180,000, bulan lalu.

Majistret R Salini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor untuk menahan reman tiga individu berkenaan.

Perintah itu diberikan bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas ketiga-tiga suspek mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek terdiri daripada seorang ketua bahagian sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini dan seorang inspektor masing-masing berusia 36 tahun serta seorang sarjan 33 tahun.

Ketiga-tiga mereka ditahan antara jam 4.25 petang hingga 5 petang semalam di IPD itu.

Terdahulu, mereka tiba di mahkamah jam 8.15 pagi dengan berpakaian lokap dan tangan bergari diiringi pegawai SPRM.

Difahamkan, seorang pemilik sebuah kilang kayu berusia 50-an membuat laporan sebaik seorang pegawai polis meminta wang rasuah berjumlah RM160,000 pada 29 Ogos lalu.

Wang itu dipercayai bagi menyelesaikan kes pengadu dan isterinya yang terbabit dalam satu kes penipuan.

Sehari sebelum itu, pengadu mendakwa dia ada menyerahkan RM20,000 kepada seorang anggota polis wanita untuk tujuan yang sama. BH

Tiga polis direman selepas disyaki minta rasuah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker