Bekas kekasih Elon Musk lelong gambar ketika bercinta di kolej

Foto Musk sedang minum bersama Gwynne pada tahun 1995 adalah salah satu daripada beberapa kenangan perhubungan jutawan itu untuk dilelong. – RR Auction

WASHINGTON – Bekas teman wanita Elon Musk kini melelong cache gambar dan memorabilia daripada hubungannya dengan lelaki terkaya di dunia itu, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Teman wanita Musk dari zaman kolej, Jennifer Gwynne menjual cenderahati itu melalui firma lelongan RR Auction yang berpangkalan di Boston, Massachusetts.

Gwynne dan Musk mula bercinta pada 1994 ketika mereka berdua bekerja sebagai penasihat pemastautin di asrama universiti, demikian menurut  siaran berita RR Auction.

Selepas menamatkan pengajian dari University of Pennsylvania, Musk memulakan program kedoktoran di Stanford, tetapi berhenti untuk melancarkan syarikat pertamanya, Zip2.



Lelongan itu termasuk 18 gambar usahawan itu ketika menjadi pelajar ekonomi di Universiti Pennsylvania serta beberapa memorabilia Musk dan Gwynne ketika bersama.

Foto tersebut memaparkan Musk menjadi seorang pelajar kolej sebelum kejayaannya, dengan bermain di bilik asrama, melepak dengan rakan penasihat pemastautinnya dan berpelukan dengan teman wanita.

Item dengan bidaan tertinggi adalah kad hari lahir yang ditandatangani, diikuti seutas rantai yang dihadiahkan kepada Gwynne pada hari lahirnya.

“Selamat Hari Lahir Jennifer (aka Boo-Boo), Love, Elon,” demikian ayat pada kad itu.



Kad itu dijangka dijual dengan harga lebih daripada AS$10,000 (RM45,030), demikia menurut RR Auction.

Peminat boleh membuat tawaran harga pada setiap item memorabilia Musk sehingga Rabu akan datang apabila lelongan ditutup. – AGENSI

Bekas kekasih Elon Musk lelong gambar ketika bercinta di kolej


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami



Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker