Erra Fazira Minta Maaf Tidak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Shahir AF

Erra Fazira Minta Maaf Tidak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Shahir AF

PELAKON jelita Erra Fazira mengakui menerima jemputan ke majlis perkahwinan penyanyi Shahir yang telah berlangsung pada awal September lalu.

Bagaimanapun, jelas Erra dia tidak dapat memenuhi undangan Shahir berikutan komitmen kerjanya.

“Minta maaflah saya tak dapat hadir, kerana ada kerja lain,” ujarnya, ringkas.

Erra ditemui bersama anak perempuannya, Engku Aleesya di majlis resepsi Pakar Pelaburan Saham, Datuk Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan isteri Datin Tuan Nor Ernie Rosemerie Tuan Zahari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Sabtu.

​Shahir yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan telah selamat diijabkabulkan dengan pemilik butik berasal dari Sabah, Jaskin Jaludin, 30, dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Subang Jaya, Selangor pada 2 September lalu.

Jun lalu, Erra pernah memberitahu media ada berhubung dengan Shahir dan mengucapkan tahniah atas pengumuman berita perkahwinannya.

Biarpun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan cintanya, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek mengakui rapat dan baik dengan Shahir sebelum ini.

Solo sampai akhir hayat

Sementara itu, Erra turut memberikan respon seloroh penyanyi Ziana Zain ketika tampil membuat persembahan pada majlis terbabit mengenai hidup solo hingga ke akhir hayat.

“Eh saya tak nak, kenapa nak single kalau boleh berdua. Tapi kalau Allah dah kata begitu, terima sajalah.

“Kalau ada peluang berdua, why not,” katanya tertawa.

Manakala Engku Aleesya pula memberikan respon berbeza ketika diajukan soalan berkenaan ibunya (untuk kembali hidup berpasangan).

Jawab Aleesya; “No…”-GEMPAK

Erra Fazira Minta Maaf Tidak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Shahir AF

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker