Panas baran bawa padah

Panas baran bawa padah

Ampang Jaya: Tindakan lelaki merosakkan cermin sisi sebuah kenderaan kerana bengang dengan pemandunya yang menukar laluan tanpa memberi lampu isyarat, bawa padah apabila ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki itu yang berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pemandu ditahan di Sungai Buloh pada 10.15 malam.

Katanya, sebelum itu, suspek dan pemandu BMW X3 terbabit pertengkaran di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) pada 8.30 pagi kelmarin.

“Ketika kejadian, mangsa yang juga arkitek berusia 45 tahun memandu di laluan itu, manakala suspek menunggang motosikal Yamaha LC datang dari arah belakang sebelah kiri, telah membunyikan hon dan berhenti di sebelah kenderaan mangsa dan memarahinya (kerana menukar laluan).

“Apabila mangsa ingin keluar berbincang dengan suspek, lelaki itu didakwa cuba menutup pintu kenderaan mangsa dengan kasar dan tidak memberi kerjasama.

“Mangsa mendakwa suspek memberitahu ingin bergaduh di hadapan kerana masih tidak puas hati sebelum mereka masing-masing beredar,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Farouk berkata, mangsa mendakwa melihat suspek menunggang dengan laju menerusi cermin pandang belakang dan kemudian menendang serta menumbuk cermin sisi kenderaannya mangsa hingga pecah, sebelum melarikan diri.

“Dia membuat laporan dan susulan itu, polis menahan suspek dan merampas pakaian serta motosikal yang digunakan semasa kejadian.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian akibat salah faham semasa mangsa mengubah laluan tanpa memberi lampu isyarat.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. HM

Panas baran bawa padah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker