Resepi Daging Masak Cili

Resepi Daging Masak Cili

Tiada idea nak masak apa menggunakan daging? Jom kita sama-sama cuba masak daging masak cili yang sedap ini.

Boleh simpan resipi untuk bulan puasa nanti, confirm berselera kalau makan waktu sahur. Satu lauk ini pun dah cukup untuk makan dengan nasi panas.

Nak cuba? Ikut saja resipi lengkap di bawah ini ya! Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

Daging
Kunyit
Garam
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi
Halia
Sos cili
Kicap pekat
Sos tiram
Kacang panjang
Gula

Cara-cara:

1. Gaulkan daging dengan garam dan kunyit.
2. Gorengkan dalam minyak panas.
3. Masak dalam 80% sahaja.
4. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi.
5. Tumis bahan kisar dalam minyak bekas goreng daging tadi. Masukkan juga hirisan halia.
6. Bila dah pecah minyak, masukkan sos cili, kicap pekat dan sos tiram. Kacau rata.
7. Masukkan daging tadi.
8. Masukkan juga kacang panjang dan bawang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
9. Gaul rata dan siap!

Kredit: Siti Mariam Zainon

Resepi Daging Masak Cili


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker