Siasatan penama lejar UKSB selesai tidak lama lagi

Siasatan penama lejar UKSB selesai tidak lama lagi

Siasatan berkaitan nama-nama individu yang disenaraikan dalam buku lejar Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ini kerana hampir semua penama berkenaan sudah dipanggil untuk diambil keterangan oleh suruhanjaya itu.



“Kita memanggil hampir kesemua penama yang disebutkan dalam lejar itu. Saya jangka mungkin dalam tempoh terdekat ini disiapkan (kertas siasatan) oleh pegawai-pegawai. Saya tidak tahu bila tapi dalam tempoh terdekat ini dan sepertimana yang saya maklumkan setelah siasatan disiapkan, kita kemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk dikaji dan dibuat satu keputusan kes-kes berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Istiadat Konvokesyen MACC Law Enforcement Accredited Programme, di sini hari ini.

Pada 6 Ogos lalu, media melaporkan ramai lagi nama individu yang disenaraikan dalam buku lejar UKSB akan dipanggil SPRM.

Terdahulu, SPRM mengambil keterangan empat individu ahli politik yang namanya disebut di dalam buku lejar UKSB berkaitan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu nama-nama ahli politik disebut ketika perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid.



Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau. Utusan

Siasatan penama lejar UKSB selesai tidak lama lagi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy



Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker