Idris perlu lebih sensitif keluarkan kenyataan

Idris perlu lebih sensitif keluarkan kenyataan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad perlu lebih sensitif dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak memberikan tanggapan bahawa agama Islam atau kerajaan seakan ‘menempelak’ mangsa penderaan seksual yang berani tampil bersuara.

Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang, Nurhidayah Che Rose berkata, sebagai seorang pemimpin terutamanya apabila dipertanggungjawabkan dalam Hal Ehwal Agama Islam, beliau harus bijak dan sensitif dalam penggunaan bahasa agar tidak memesongkan pandangan orang ramai kepada agama Islam dalam mengendalikan kes-kes sebegini.



“Saya menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang menggunakan ayat seperti ‘membuka aib’ apabila seorang remaja perempuan mendedahkan kepada umum bahawa beliau pernah menjadi mangsa penderaan seksual oleh bapanya sendiri.

“Dikhuatiri dengan kenyataan yang sedemikian akan membuatkan lebih ramai mangsa pencabulan atau penderaan seksual lebih takut untuk mendapatkan keadilan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini seorang pelakon berusia 15 tahun mendedahkan sikap buruk bapanya ketika ditemu bual dalam satu program di YouTube, baru-baru ini.

Idris yang mengulas mengenai isu itu berkata, pelakon remaja yang mendakwa dicabul bapa sepatutnya melaporkan segera kejadian itu kepada polis dan bukan membuka aib mendedahkannya kepada orang ramai.



Menurut Nurhidayah, pihaknya menyokong bahawa adalah lebih baik bagi mangsa untuk membuat laporan polis segera bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya, namun ayat seperti ‘membuka aib’ tidak sesuai untuk digunakan.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun supaya membangkitkan masalah itu di dalam sidang Parlimen.

“Tindakan yang lebih tegas serta langkah-langkah yang lebih proaktif perlu diambil untuk menangani masalah dan membantu mangsa-mangsa penderaan seksual yang semakin meruncing di negara ini.

“Sebagai seorang menteri, beliau harus lebih proaktif dalam mengendalikan masalah berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat,” tambahnya. K Online



Idris perlu lebih sensitif keluarkan kenyataan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi



Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker