YouTuber perjelas isu temu bual babit Puteri Balqis

YouTuber perjelas isu temu bual babit Puteri Balqis

YouTuber, Bros Gang TV, menjelaskan bahawa pihaknya tidak memaksa seorang pelakon remaja untuk menceritakan mengenai pengalaman hidupnya sehingga video itu tular, baru-baru ini.

Sebaliknya, YouTuber itu berkata, pelakon itu sendiri yang mahu berkongsi kisah hidup.

YouTuber itu memberi reaksi itu menerusi hantaran di Instagram (IG) lewat malam tadi susulan artikel Harian Metro bertajuk ‘Youtuber eksploitasi pelakon remaja perlu diambil tindakan’.

Artikel itu melaporkan kenyataan Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia Datuk Dr Raj Karim yang menyifatkan perbuatan menyiarkan video berkenaan adalah suatu bentuk eksploitasi seksual dan pihak berkaitan perlu diambil tindakan.

Menurut Raj, YouTuber terbabit tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahan remaja itu kerana tindakan didakwa dilakukan bapa pelakon terbabit adalah suatu bentuk perbuatan jenayah.

Mengulas kenyataan itu, Bros Gang TV memaklumkan pendedahan pelakon remaja berkenaan adalah di luar jangkaan pihaknya.

Bros Gang TV turut menegaskan bahawa pihaknya sudah mendapat keizinan dan persetujuan daripada pelakon terbabit sebelum memuat naik video berkenaan.

Menerusi hantaran sama, YouTuber itu turut menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan perkongsian video di YouTube membabitkan pelakon terbabit bertujuan mengejar tontonan yang tinggi.

Terdahulu, tular video pelakon remaja ditemu bual dalam sebuah saluran YouTube, mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual bapanya sendiri.

Susulan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dipetik berkata, pihaknya menerima laporan dibuat remaja berusia 15 tahun itu jam 10.25 malam kelmarin.

Katanya, laporan diterima pihaknya menyatakan dakwaan mangsa diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya, serta tidak menjaga kebajikan remaja terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan lucah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dipetik berkata turut mengesahkan bapa pelakon remaja terbabit membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan berkenaan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, pada 4 September lalu.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sedia memanggil pelakon terbabit, jika ada laporan dibuat. HM

YouTuber perjelas isu temu bual babit Puteri Balqis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker