Influencer maut ketika terjun udara

Influencer maut ketika terjun udara

Ottawa: Wanita yang terkenal sebagai pempengaruh di Kanada maut dalam keadaan tragis selepas terbabit kemalangan terjun udara (sky diving), baru-baru ini.

Daily Star melaporkan, Tanya Pardazi, bintang TikTok yang menggunakan pangkal nama @philosatea dan mempunyai 100,000 pengikut maut selepas melakukan terjun udara solo pertamanya di Innisfil di Ontario, Kanada.

Kejadian pada 5.40 petang waktu tempatan pada 27 Ogos lalu.

Menurut media tempatan, Tanya dipercayai membuka payung terjunnya terlalu lewat dalam aktiviti dikendalikan oleh Skydive Toronto itu.

Penuntut Universiti Toronto itu dikejarkan ke hospital, tetapi tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkannya dan dia kemudian disahkan meninggal dunia.

Rakan mangsa, Melody Ozgoli, mengenali mangsa lebih 10 tahun selepas mereka bertemu di sekolah.

“Salah satu topik kegemarannya untuk dibincangkan ialah makna kehidupan dan rasa ingin tahu mengenai kehidupan selepas itu.

“Saya bercakap dengannya baru-baru ini. Saya tidak percaya. Saya fikir ia adalah gurauan. Sudah beberapa hari (dia maut) saya masih tidak percaya.

“Dia seorang yang mencabar dan sentiasa mencuba perkara baru yang menarik.

“Terjun udara sepatutnya menjadi satu lagi pengembaraan yang menyeronokkan untuknya,” katanya.

Skydive Toronto dalam satu kenyataan akhbar berkata, wanita itu “melepaskan payung terjun utama yang berputar dengan cepat pada altitud rendah, tanpa masa serta ketinggian diperlukan untuk payung terjun simpanan dapat mengembang.”

Difahamkan, polis kini sedang menyiasat kematian Tanya. HM

Influencer maut ketika terjun udara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker