Tanya Raja Petra – Hamzah

Tanya Raja Petra – Hamzah

Hamzah Zainudin menepis pertanyaan mengenai kesahihan perjanjian didakwa antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang dibocorkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin.

Menurut dokumen dibocorkan itu, perdana menteri didakwa bersetuju untuk menyegerakan kes bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah jenayah.

“Nak tahu surat itu sahih atau tak? Kenapa tak tanya Raja Petra? Beliau yang bocorkan surat itu,” kata setiausaha agung PN itu apabila ditanya pemberita mengenai kesahihan surat itu.

Salinan surat itu, yang tersebar pada Julai, mengandungi 10 perkara, namun perkara 7, 8, dan 9 telah disunting.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam baru-baru menerima kecaman apabila menyiarkan video di Facebook di mana beliau mendedahkan kandungan yang didakwa bagi perkara yang disunting daripada surat itu.

Beliau turut mendakwa, berdasarkan surat itu, Ismail bersetuju mengekalkan Idrus Harun sebagai peguam negara

Idrus dilantik sebagai peguam negara apabila Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tanya Raja Petra – Hamzah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker