Izham tiada adab – Noh

Izham tiada adab – Noh

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Izham Hashim disifatkan sebagai tidak matang dan tiada adab apabila mendakwa negara ini seperti milik UMNO untuk sewenang-wenangnya memecat sesiapa.

Pengerusi Perhubungan UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, tindakan Izham yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor umpama menuding jari kepada diri sendiri apabila mempersoalkan tindakan UMNO mengamalkan aturan dan saluran betul menerusi perbincangan berbanding Pakatan Harapan (PH) yang gemar membuat demonstrasi jalanan.

“Yang kena (hukuman penjara) itu adalah Datuk Seri Najib dan jika ia kena kepada pemimpin PH, negara akan menjadi kecoh. Ini bezanya kerana kita (UMNO) tidak berdemonstrasi jalan dan melanggar undang-undang namun duduk berbincang di dalam satu dewan,” katanya selepas merasmikan Himpunan Silat Warisan Bangsa Anak Muda Merdeka, malam tadi.

Isnin lalu, Izham menerusi laman Facebooknya turut menyifatkan UMNO tidak ubah seperti parti yang mengalami ‘kerosakan’ berterusan umpama negara ini tiada undang-undang dan peraturan.

Terdahulu, media melaporkan UMNO dipercayai memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya antaranya memecat Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Dakwaan menyatakan Ismail Sabri akan dipecat jika enggan berbuat demikian bagaimanapun dinafikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyifatkan ia palsu dan fitnah.

Jelas Noh, masalah dihadapi PH antaranya memiliki pemimpin tidak berfikiran matang yang menjadi punca hanya memerintah negara selama 22 bulan.

“Izham sebagai seorang pemimpin sepatutnya bercakap dengan beradab dan bukan tidak matang seumpama itu. Beliau sepatutnya lebih fokus kepada isu banjir yang masih belum selesai sejak sekian lama,” selarnya.

Tambah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu, beliau turut percaya PH akan membuat bantahan dan demonstrasi jalanan sekiranya Najib dibebaskan.

“Justeru, saya berharap rakyat dapat menilai apa perbezaan atau pendekatan yang digunakan antara PH dan UMNO,” ujarnya. Utusan

Izham tiada adab – Noh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker