Satu pertiga Pakistan tenggelam

ISLAMABAD – Satu pertiga negara Pakistan ditenggelami air akibat banjir yang berpunca daripada hujan monsun paling lebat dalam sejarah,kata Menteri Perubahan Iklim Islamabad, Sherry Rehman.

“Negara ini menjadi seperti lautan, tiada lagi daratan kering untuk mengepam keluar air banjir,” kata Sherry kepada agensi berita AFP kelmarin.

Pakistan mempunyai keluasan 881,913 kilometer persegi, menjadikannya negara ke-33 paling besar di dunia dan lebih besar daripada Turkiye, Perancis serta Jerman.



Didiami oleh 242 juta penduduk, Pakistan juga merupakan negara yang mempunyai populasi kelima paling ramai di dunia.

“Apa yang berlaku di Pakistan sekarang bukan lagi hujan monsun biasa, ia adalah malapetaka iklim. Banjir kali ini mencetuskan krisis yang skalanya sukar untuk dibayangkan,” tambahnya.

Dalam wawancara berasingan bersama badan penyiaran awam Deutsche Welle, Sherry berkata, kerajaan terpaksa mengerahkan tentera laut untuk  beroperasi dalam negara buat kali pertama dan bukannya di perairan Pakistan.

“Ini kerana daratan  yang  begitu luas telah ditenggelami air,” tambahnya.



Angka kematian akibat hujan monsun yang melanda Pakistan sejak pertengahan Jun lalu mencecah 1,061 kelmarin, demikian menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional.

“Lebih 3,000 jalan raya musnah, manakala 130 jambatan dan 495,000 kediaman rosak akibat banjir kilat, kata agensi berkenaan.

Pada minggu lalu Sherry menganggarkan bencana alam itu telah menjejaskan sekitar 33 juta penduduk.

Dalam perkembangan berkaitan, mangsa banjir bertindak mendirikan tempat berlindung sementara di seluruh negara di mana keadaan mereka adalah terdesak.



“Kehidupan di kem sementara ini menyedihkan. Kehormatan menjadi taruhan,” kata penduduk tempatan, Fazal e Malik. Dia berlindung di pekarangan sebuah sekolah yang kini menempatkan kira-kira 2,500 mangsa banjir di bandar Nowshera dalam wilayah  Khyber Pakhtunkhwa.

“Saya berbau busuk dan tiada tempat untuk mandi. Kipas juga tiada,” katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  dan Islamabad  semalam melancarkan rayuan rasmi sebanyak AS$160 juta untuk membiayai bantuan kecemasan kepada  Pakistan yang  bergelut dengan banjir monsun paling buruk  dalam tempoh satu dekad.

“Situasi  dijangka menjadi semakin buruk dengan lebih banyak hujan diramalkan.  Kami bersama-sama kerajaan (Pakistan) merancang rayuan kilat sebanyak AS$160 juta (RM717.6 juta) untuk pelaksanaan bantuan segera,” kata  jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric  dalam satu  taklimat akhbar kelmarin.



PBB telah menggerakkan bantuan berjumlah sekitar AS$7 juta (RM31.4 juta) termasuk mengalihkan program dan sumber sedia ada untuk memenuhi keperluan yang lebih mendesak  seperti makanan, air, bekalan ubat  dan tempat tinggal.Tambahan AS$3 juta (RM13.4 juta)  lagi  dikeluarkan  oleh tabung  kecemasan PBB. – AFP

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker