Bayi 10 bulan meninggal dunia dengan kesan lebam di dahi
Bayi 10 bulan meninggal dunia dengan kesan lebam di dahi
Shah Alam: Bayi perempuan berusia 10 bulan meninggal dunia, selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuh di Seksyen 17, di sini, 19 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam di sini, pada 22 Ogos lalu, selepas empat hari menerima rawatan.
Katanya, polis terdahulu menerima laporan mengenai insiden berkenaan daripada bapa mangsa yang berusia 33 tahun, kira-kira 8 malam pada hari kejadian.
Menurutnya, mangsa adalah anak tunggal pasangan berkenaan yang berusia 10 bulan.
“Pada hari kejadian, ibu bapa mangsa ke rumah pengasuh kira-kira 4 petang selepas dimaklumkan anak mereka tidak sedarkan diri.
“Hasil pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Seksyen 19 di sini mendapati ada kesan lebam di dahi dan disyaki berlaku pendarahan di otak.
“Bayi itu kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam dan bedah siasat sudah dijalankan pada 23 Ogos dengan keputusan ‘pending laboratory investigation’,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pengasuh adalah wanita warga tempatan berusia 36 tahun serta sedang mengandung lima bulan.
Katanya, wanita itu didapati menjaga lapan kanak-kanak berusia antara tiga bulan hingga 4 tahun (termasuk mangsa) di kediamannya secara bersendirian.
“Setakat ini, wanita berkenaan belum ditahan kerana siasatan lanjut masih dijalankan. Kes diklasifikasikan mengikut seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
“Pihak polis juga menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Roshaza di talian 011-39865668,” katanya. HM
Bayi 10 bulan meninggal dunia dengan kesan lebam di dahi
Baca Artikel Menarik:
- Kapal selam berperisai gaya Batman ditawar pada harga RM6.8 juta
- Yang suka buat penafian bukan UMNO tapi pemimpin PKR – Puad
- Lelaki samun, belasah wanita ditahan tak sampai 24 jam
- Najib tak pernah minta kes digugurkan, hanya perlu keadilan – Zaid
- Mohon maaf atau kami saman, Zaid dan rakan kongsi beritahu presiden Badan Peguam
- Fadli kata boleh anjur konsert antarabangsa di negeri PAS tapi…
- Bakal pengantin dipanah petir ketika sedang bergambar
- Azalina bukan kritik PM, hanya pandangan peribadi yang ikhlas
- Pengantin baharu diberkas langgan pelacur ketika bulan madu
- Petisyen mohon pengampunan diraja untuk Najib dilancar
- Mahathir, Anwar bukan pilihan terbaik untuk Malaysia
- Adegan cium, Lizzy lakukan tanpa teknik kamera
- Kamu buat petisyen ampun Anwar, rakyat tak kecewakah, Saarani sindir Mahathir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba