Trend belian pelabur asing berterusan, aliran masuk RM244.6 juta minggu lalu
Trend belian pelabur asing berterusan, aliran masuk RM244.6 juta minggu lalu
Trend aliran masuk dana asing masih berterusan di Bursa Malaysia bagi minggu keenam berturut-turut namun pada kadar sederhana sebanyak RM244.6 juta minggu lalu berbanding RM615.5 juta pada minggu sebelumnya.
Pelabur asing hanya menjadi penjual bersih pada hari Rabu sebanyak RM90.5 juta. Mereka adalah pembeli bersih pada hari Isnin dan Selasa pada kadar RM56.2 juta dan RM14.2 juta manakala Khamis dan Jumaat masing-masing sebanyak RM193 juta dan RM71.7 juta.
MIDF Research berkata, pelabur institusi pula masih menjadi penjual bersih RM286.2 juta minggu lalu, menjadi minggu ketujuh berturut-turut.
Pelabur institusi telah menjadi penjual bersih setiap hari sejak 3 Ogos lalu sebelum menjadi pembeli bersih pada hari Rabu pada RM24.3 juta.
Firma pelaburan itu menambah, pelabur institusi menjadi penjual bersih lagi pada hari Khamis dan Jumaat masing-masing sebanyak RM114.3 juta dan RM63.5 juta.
Mereka hanya melupuskan pegangan sebanyak RM92.4 juta pada hari Isnin dan RM40.4 juta pada Selasa.
Sementara itu, pelabur runcit masih mengekalkan belian bagi minggu ketiga dengan jumlah RM41.7 juta.
Belian sebanyak RM128.6 juta dari hari Isnin hingga Rabu sebelum menjual sebanyak RM87 juta pada dua hari kemudian.
Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk bersih oleh pelabur asing ialah sektor perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan utiliti masing-masing pada RM333.7 juta, RM49.5 juta dan RM39.9 juta.
Sementara itu, tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran keluar pula sektor teknologi pada -RM87.8 juta, penjagaan kesihatan pada RM73.1 juta serta produk dan perkhidmatan perindustrian RM25.3 juta.
Sehingga kini, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih selama 23 daripada 34 minggu dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM7.97 bilion.
Institusi tempatan pula adalah penjual bersih selama 27 daripada 34 minggu, dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak –RM9.76 bilion. Peruncit tempatan telah pembeli bersih untuk 22 daripada 34 minggu setakat tahun ini.
Setakat ini, mereka telah menjadi pembeli bersih sebanyak RM1.8 bilion. MG
Trend belian pelabur asing berterusan, aliran masuk RM244.6 juta minggu lalu
Baca Artikel Menarik:
- Kapal selam berperisai gaya Batman ditawar pada harga RM6.8 juta
- Yang suka buat penafian bukan UMNO tapi pemimpin PKR – Puad
- Lelaki samun, belasah wanita ditahan tak sampai 24 jam
- Najib tak pernah minta kes digugurkan, hanya perlu keadilan – Zaid
- Mohon maaf atau kami saman, Zaid dan rakan kongsi beritahu presiden Badan Peguam
- Fadli kata boleh anjur konsert antarabangsa di negeri PAS tapi…
- Bakal pengantin dipanah petir ketika sedang bergambar
- Azalina bukan kritik PM, hanya pandangan peribadi yang ikhlas
- Pengantin baharu diberkas langgan pelacur ketika bulan madu
- Petisyen mohon pengampunan diraja untuk Najib dilancar
- Mahathir, Anwar bukan pilihan terbaik untuk Malaysia
- Adegan cium, Lizzy lakukan tanpa teknik kamera
- Kamu buat petisyen ampun Anwar, rakyat tak kecewakah, Saarani sindir Mahathir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba