Rakyat India protes pembebasan 11 geng perogol

Rakyat India protes pembebasan 11 geng perogol

NEW DELHI – Bantahan besar-besaran diadakan di seluruh India terhadap keputusan kerajaan membebaskan 11 lelaki yang dipenjarakan seumur hidup kerana merogol beramai-ramai seorang wanita Islam, Bilkis Bano.

Semua tertuduh itu dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 15 tahun. Pengumuman untuk membebaskan banduan-banduan itu dibuat pada 15 Ogos ketika India menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-75.

Orang ramai mendesak kerajaan Gujarat membatalkan keputusan pembebasan perogol-perogol itu. Kes rogol itu tidak pernah dilupakan kerana mangsa dirogol secara kejam ketika dia sedang mengandung pada tahun 2002.

Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh, kebanyakan umat Islam dalam beberapa rusuhan agama terburuk di India sejak dibebaskan dari Britain pada tahun 1947.

Tujuh keluarga mangsa yang dirogol antara yang terbunuh termasuk anaknya perempuannya yang berusia tiga tahun.

Seorang pegawai di Gujarat, yang diperintah oleh Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi berkata, permohonan pengampunan oleh banduan-banduan itu telah diberikan kerana mereka telah menjalani hukuman penjara selama lebih 14 tahun.

Mereka layak untuk mendapat pengampunan di bawah polisi 1992 yang berkuat kuasa pada masa sabitan mereka, kata pegawai itu.

Bagaimanapun, di bawah dasar baharu yang diterima pakai pada tahun 2014 oleh Kerajaan Persekutuan, kesalahan merogol dan pembunuhan tidak boleh diberi pengampunan. MG

Rakyat India protes pembebasan 11 geng perogol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker