Mayat lelaki dikelar di leher ditemukan di ladang kelapa sawit

Mayat lelaki dikelar di leher ditemukan di ladang kelapa sawit

DUNGUN: Mayat seorang lelaki dengan kesan kelar di leher ditemukan di kawasan ladang sawit di Felda Kerteh 6 dekat sini, kira-kira 6.50 petang semalam.

Ketua Polis Dungun Baharudin Abdullah berkata, mayat yang berlumuran darah itu ditemukan dalam keadaan terbaring di ladang oleh saksi yang melalui kawasan berkenaan.



“Saksi, iaitu pengurus ladang, yang terkejut dan cemas melihat keadaan mangsa yang tidak bergerak terus menghubungi Balai Polis Ketengah Jaya untuk membuat laporan.

“Siasatan awal mendapati terdapat kesan kelar pada leher mangsa, namun tiada sebarang kecederaan ditemukan pada bahagian lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baharudin berkat, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa, namun selepas siasatan lanjut, mangsa dipercayai warga tempatan berusia 42 tahun.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan terperinci dari semua aspek termasuk motif kejadian, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut. FMT

Mayat lelaki dikelar di leher ditemukan di ladang kelapa sawit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery



Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker