Jom Terjah! Nikmati 7 Promosi Makanan & Minuman Hari Kebangsaan Ke-65 Tahun Ini

Jom Terjah! Nikmati 7 Promosi Makanan & Minuman Hari Kebangsaan Ke-65 Tahun Ini

Hari Kebangsaan yang ke-65 tahun bakal menjelang tidak lama lagi

Selain pertunjukan bunga api dan perarakan, anda pasti tertunggu-tunggu tawaran diskaun makanan dan minuman bukan? Sudah tiba masanya untuk memanfaatkan promosi pada Hari Kebangsaan ini.



Berikut di bawah adalah senarai promosi Hari Kebangsaan yang anda tidak patut lepaskan:

1. Tealive

Promosi sah dari 17 hingga 31 Ogos 2022. Diskaun sebanyak 31% setiap pembelian signature coffee daripada Tealive. Promosi hanya tertakluk untuk walk-in dan self-pickup sahaja.

2. MyKori



Image via @mykoridessertcafe (Instagram)

Jom nikmati tawaran istimewa RM31 untuk 2 set Kenko Kakigori dan percuma 2 sudu Gelato! Promosi MyKori ini sah dari 15 hingga 30 Ogos 2022 dan hanya tertakluk untuk dine-in sahaja. Promosi ini tidak boleh digunakan pada weekend dan cuti umum.

3. Boat Noodle

Image via @myboatnoodle (Instagram)



Khas untuk peminat Sangkaya Boat Noodle, promosi ‘Merdeka Special’ akan berlangsung pada 29 hingga 31 Ogos 2022 di semua cawangan dengan harga hanya RM6.50 sahaja! Promosi ini adalah tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan.

4. Subway

Promosi Subway ‘Merdeka Lagi Onz’ menawarkan 6 cookies dengan harga hanya RM10 dari 24 Ogos 2022 hingga 6 September 2022. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati soft-dough cookies paling sedap ini!

5. Secret Recipe

Image via @secretrecipemy (Instagram)



Secret Recipe kembali dengan tawaran hebat untuk anda pada Merdeka ini. Nikmati potongan kek kedua anda dengan hanya RM6.50. Promosi hanya sah pada 31 Ogos 2022 dari 12PM hingga 5PM. Jom serbu Secret Recipe nanti!

6. J.Co Donuts

Tawaran yang paling ditunggu-tunggu dari J.CO kembali lagi tahun ini! Dapatkan 2 dozen donut anda dengan hanya RM39 dan RM11 untuk sebarang minuman. Promosi sah dari 29 hingga 30 Ogos 2022.

7. Ayamas

Image via @kedai_ayamas (Instagram)



Sempena Hari Kemerdekaan ke-65 ini, Ayamas menawarkan harga promosi untuk seekor ayam panggang berharga RM31.80 sahaja. Promosi ini hanya sah pada 31 Ogos 2022 untuk take-away sahaja.

Jangan lupa save the dates supaya tak terlepas promo-promo yang ada! :)-Seismik

Jom Terjah! Nikmati 7 Promosi Makanan & Minuman Hari Kebangsaan Ke-65 Tahun Ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker