Apa Akan Jadi Kepada Akaun FB Selepas Pemilik Meninggal Dunia? Boleh Buat Wasiat Rupanya..

Apa Akan Jadi Kepada Akaun FB Selepas Pemilik Meninggal Dunia? Boleh Buat Wasiat Rupanya..

FACEBOOK merupakan salah satu platform media sosial yang paling berpengaruh ketika ini dan masih relevan meskipun bertapak lebih lama berbanding platform lain.

Boleh dikatakan, hampir setiap individu memiliki akaun Facebook tanpa mengira lapisan usia.

Bukan sahaja medium komunikasi dengan kenalan serta berkongsi informasi, laman Facebook juga dijadikan diari di mana rata-rata daripada kita memuat naik hantaran, gambar serta video untuk diabadikan sebagai kenangan.

Cara menetapkan ‘penama wasiat’.

Namun kadang kala seseorang terlepas pandang di dalam setiap perkara yang telah dikongsikan di Facebook yang mana mungkin ingin diuruskan lebih teliti terutama selepas pemiliknya meninggal dunia.

Facebook mewujudkan Legacy Contact, di mana penama yang anda namakan mampu mengendalikan akaun anda seperti pinned sesuatu perkongsian pada susur masa profil, kemas kini gambar profil dan berinteraksi dengan friend request yang baharu.

Justeru, di sini mStar kongsikan cara bagaimana untuk menangani situasi berkenaan:

1. Pergi ke setting
2. Pilih security
3. Pilih Legacy Contact
4. Mulakan proses memilih penama ‘wasiat’ dan menjadikan mereka waris untuk menguruskan akaun sekiranya anda meninggal dunia.

Langkah memadamkan akaun selepas pemilik menetapkan ‘setting’.

Untuk tujuan memadam terus akaun Facebook pula, ada enam langkah iaitu:

1. Pergi ke setting
2. Pilih personal and account information
3. Pilih account ownership and control
4. Pilih memorialisation settings
5. Pilih legacy contact
6. Pada halaman delete after death, pilih yes, delete after death dan tekan save

Apa Akan Jadi Kepada Akaun FB Selepas Pemilik Meninggal Dunia? Boleh Buat Wasiat Rupanya..

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker