Sokongan padu ahli UMNO pada ‘Bossku’ buat keluarga terharu

KUALA LUMPUR – “Awak tidak berseorangan ayah”, demikian kata-kata ringkas anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib apabila ribuan ahli UMNO serta penyokong setia Bossku hadir memberi semangat dan mengharapkan keadilan buat Najib.

Perjumpaan sempena Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) petang semalam turut menyaksikan Nooryana membacakan sepucuk surat yang ditulis khas oleh bapanya sehingga menyentuh hati dan perasaan ramai.

Bagaimanapun, Nooryana sekali lagi berterima kasih kepada semua ahli UMNO dan jentera penggerak Boosku kerana sentiasa bersama-sama memberi semangat kepada Najib untuk terus kuat menjalani ujian hidupnya di Penjara Kajang.



“Ini adalah detik yang tidak dapat dilupakan buat saya dan keluarga. Saya hanya mengharapkan ayah (Najib) di sana akan terus kuat dengan kasih sayang dan semangat daripada parti dan penyokong beliau.

“Yana harap minggu depan, saya boleh tunjuk gambar-gambar dan video-video dari perjumpaan ini ke Bossku,” tulisnya pada hantaran di Instagram miliknya pagi ini.

Tambah Nooryana, dengan semangat dan ucapan yang diberikan semua penyokong UMNO dan Bossku akan membuatkan bapanya tersentuh selain membakar semangat untuk teris berjuang.

“Ingat kata akhir Bossku, perjuangan harus diteruskan,” jelasnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker