Bunga nafi besar kepala

Bunga nafi besar kepala

Artis hip hop, Bunga Isme menafikan dakwaan ‘besar kepala’ hingga dikatakan sukar memberi kerjasama kepada media apabila makin popular.

Sebaliknya, Bunga memberi alasan kesibukan belajar dan memenuhi undangan persembahan sebagai punca tidak melayan pesanan yang dihantar melalui telefon pintar.

Bunga atau nama sebenar, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani, 22, mahu semua pihak memahami keadaannya yang masih lagi menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Saya mengaku untuk hubungi saya secara peribadi ada kalanya agak sukar. Selain sibuk dengan kerjaya nyanyian, saya masih belajar.

“Kadang kala saya sibuk dengan kelas dan peperiksaan. Jadi, ada masanya, saya terlepas pandang WhatsApp atau panggilan telefon.

“Jadi, saya mohon berhubung dengan syarikat rakaman, Warner Music atau pengurus saya.

“Bukan sombong atau angkuh, saya ingin bersikap profesional. Jika ada apa-apa perkara yang ingin ditanya, harap dapat berurusan dengan Warner Music bagi menghormati mereka,” katanya yang menuntut dalam bidang pentadbiran awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.

Bunga yang ditemui pada sidang media pengumuman calon akhir Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 di sini, semalam, memberi jaminan dia tidak akan melarikan diri jika terbabit kontroversi.

“Jika berlaku kontroversi membabitkan saya, syarikat rakaman berpesan supaya usah diamkan diri, sebaliknya, saya perlu tampil beri penjelasan.

“Tetapi, syarikat rakaman perlu tapis dahulu kerana bimbang kenyataan dikeluarkan boleh menjejaskan nama baik saya dan syarikat rakaman.

“Bagaimanapun, jika bertemu pada majlis seperti ini, saya tiada halangan untuk bercakap dengan media,” katanya.

Mengenai AIM 23, Bunga yang bolos Top 5 kategori Lagu Pop Etnik Terbaik melalui single Intan Payung yang dirakam bersama Noraniza Idris dan kategori Lagu Pop Elektronik/ Dance Terbaik menerusi single Amaran bersama Siti Nordiana, berterima kasih kepada kedua-dua penyanyi terbabit.

Kali pertama dicalonkan, Bunga sangat teruja apatah lagi dia menulis lirik lagu Intan Payung bersama Siqma.

“Saya tidak sangka melangkah sebagai calon Top 5. Saya fikir diundang sekadar untuk memeriahkan majlis.

“Semestinya, sebagai pengkarya, apabila melihat nama bolos, saya jadi bersemangat menghasilkan lebih banyak karya terbaik pada masa depan,” katanya. BH

Bunga nafi besar kepala


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker