Menangis dalam TikTok, Alyah merisaukan peminat

VIDEO menunjukkan penyanyi Datin Alyah menangis sehingga menimbulkan keresahan peminat.

PETALING JAYA – “Alhamdulillah saya okey sahaja. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan”.

Demikian penjelasan penyanyi Datin Alyah berhubung sebuah video menunjukkan dirinya sedang menangis teresak-esak seperti yang dikongsikan dalam Instagram dan TikTok miliknya.

Perkongsian adegan air mata itu sekali gus memancing emosi peminat apabila rata-rata turut berasa terharu, malah meluahkan kebimbangan melihat keadaan penyanyi itu.

Alyah atau nama lengkapnya Noor Hasliah Abu Hasan ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia tiada niat untuk meresahkan khalayak, sebaliknya sekadar mahu meminta peminatnya melakukan cabaran yang dipanggil ‘Cinta Sahabiyah Challenge’.

“Saya ada anjurkan satu cabaran dipanggil ‘Cinta Sahabiyah Challenge’ bersempena dengan single terbaharu saya berjudul Cinta Sahabiyah.

“Dalam cabaran tersebut, peminat perlu merakam video sedang menangis dengan berlatar belakangkan lagu Cinta Sahabiyah. Menangis betul-betul tau, bukan tipu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kata Alyah, individu dengan video terbaik akan menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM300.

Dalam video yang dikongsika, Alyah mengakui benar-benar menangis sehingga menitiskan air mata kerana tersentuh dengan lirik lagu Cinta Sahabiyah.

Biarpun sekadar video menyahut cabaran, aksi isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu tetap meruntun hati peminat.

“Tiba-tiba rasa nak menangis,” kata seorang peminatnya.

“Semoga Alyah kuat. Kami peminat sentiasa mendoakan awak,” kata seorang lagi peminat.

“Kenapa Datin? Semoga Datin kuat ya,” komen seorang pengguna TikTok.

Bercakap tentang lagu Cinta Sahabiyah, penyanyi berusia 42 tahun itu memberitahu lirik lagu tulisan sendiri tersebut mempunyai maksud yang sungguh mendalam.

“Lirik Cinta Sahabiyah ditulis sendiri. Lagu ini ditujukan kepada para isteri termasuk diri sendiri untuk belajar menjadi lebih sempurna.

“Saya bukanlah isteri yang sempurna, tapi belajar untuk jadi yang lebih baik,” katanya.

Mengisahkan pengorbanan wanita-wanita hebat pada zaman Rasulullah, Cinta Sahabiyah yang dilancarkan pada 9 September lalu merupakan ciptaan bersama komposer Omar K.

Lagu tersebut diilhamkan Alyah selepas membaca kisah-kisah ‘sahabiyah’ iaitu sahabat perempuan atau para Muslimah zaman Nabi Muhammad SAW – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker